TIDAK dinafikan manusia sukar untuk melawan nafsu sehingga adakalanya keinginan yang menguasai diri membuatkan kita hilang pertimbangan. Namun, manusia juga dikurniakan akal untuk berfikir secara waras sebelum membuat keputusan termasuklah melibatkan perhubungan. Perkongsian seorang wanita di media sosial mengejutkan warganet apabila dia secara terbuka mengaku pernah terjerumus ke kancah dosa dengan menjalinkan hubungan sejenis. Menurutnya yang juga ibu kepada dua anak, hubungan yang terjalin dengan bekas rakan sekerja bagaimanapun akhirnya dikesan oleh suami. Seorang wanita mengaku menjalinkan hubungan sejenis kerana faktor krisis usia. -Gambar hiasan “Aku bukan orang jahat. Aku bukan curang dengan lelaki. Aku kemaruk cinta dengan perempuan, bekas teman sekerja. Pada awalnya, kami rapat bukan kerana hubungan intim terjalin. “Sebaliknya, kami enjoy menghabiskan masa bersama. Kami gemar mengembara bersama. Tapi, relay itu bertukar menjadi romantik. Hubungan kami lebih daripada sekadar berpegang tangan. “Saya tahu apa yang bakal dikongsikan ini tabu untuk masyarakat tempatan. Saya tidak jangka keadaan berlarutan begini,” katanya yang meminta bantuan warganet untuk move on. Menerusi perkongsiannya, dia menggambarkan dirinya mempunyai kerjaya dan kewangan stabil begitu juga dengan suami. Pendek kata, segalanya begitu sempurna sehingga dirinya mengalami krisis pertengahan usia (midlife crisis). ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan lesbian: “Jangan anggap dua pesalah wanita ini hina, buruk dan jelik...” ARTIKEL BERKAITAN: Terlepas hukuman mati di negara sendiri, pasangan lesbian Arab Saudi isytihar cinta selepas lari ke UK “Nak cerita lebih-lebih macam tak perlu sebab dah terjadi dan akhirnya aku dah depressed sebab hubungan haram yang tak boleh diteruskan. “Husband (suami)? Dia tau semua tapi dia kuat dan cuba nak selamatkan juga marriage ni. Aku selalu doa langgar je la aku, sakitkan je la aku, dah tak boleh hidup,” tulisnya. Individu itu juga mendakwa dia sering berasa hina bahkan geli untuk melihat wajahnya sendiri mengenangkan kesilapan yang pernah dilakukan. Aku bukan curang dengan lelaki. Aku kemaruk cinta dengan perempuan, bekas teman sekerja. ISTERI Lebih sadis, dia tidak sanggup memandang wajah suaminya walaupun kejadian itu berlaku tiga tahun lalu. “Aku dah memang rasa hina dah dengan diri aku. Tengok muka sendiri kat cermin pun rasa geli. Apatah lagi nak belek jerawat ke apa. “Aku juga dah tak boleh pandang laki aku. Aku rasa kesian, berdosa. Dia layak terima lebih baik. Kami sudah tidur sebilik hampir tiga tahun, dah tak bercakap banyak nak dekat setahun. “Lately aku tau dia (suami) juga tak berada dalam keadaan elok, terbaring tiap kali balik kerja. Aku tau dia pun cuma teruskan kehidupan sebab masih hidup. Tiada sinar dah dalam bercakap dengan anak-anak,” ujarnya yang dapat merasakan trauma dalam diri anak-anaknya. Seorang wanita berasa jijik dengan kesilapan dilakukan biarpun suami sudah memaafkan dirinya. -Gambar hiasan Jelasnya, kini dia dalam proses membuat permohonan fasakh biarpun berat hati, namun akur atas ‘dosa’ dilakukan terhadap suami. Katanya keputusan itu dibuat kerana menyedari sukar untuk mereka berdua kembali bersama seperti dahulu. “Aku tak boleh selfish. Memang kena mulakan semuanya. Aku nak pulangkan kehidupan lebih baik buat suami. Curang yang memakan diri, otak, jantung. “Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi, cincin kunci dompet dalam laci. Secara jujur, aku tak dapat maafkan diri sendiri. “Wahai anak-anakku, maafkan ibu. Membesarlah kamu dan jangan jadi seperti diriku. Hinalah. Saya tahu saya patut dihina,” katanya. Untuk makluman, risis pertengahan usia adalah transisi antara identiti dan keyakinan diri yang berlaku dalam kalangan individu pertengahan usia dalam lingkungan 45 hingga 64 tahun. Krisis ini boleh dilihat dari segi psikologi dan kelakuan yang berbeza untuk setiap individu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube