suria

Lama rehat sebab kemalangan, suami selesa tak kerja walau dah pulih! Sedap makan seorang duit sumbangan, tak peduli anak bini

Seorang isteri meluahkan rasa terkilan dengan sikap suaminya. -Gambar hiasan

KEHIDUPAN berumah tangga merupakan satu perjalanan yang sentiasa dipenuhi dengan cabaran dan ujian yang tidak disangka-sangka.

Masalah besar akan berlaku dalam melayari bahtera rumah tangga apabila salah seorang daripada pasangan tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Dalam satu kisah dikongsikan seorang wanita, dia menceritakan bagaimana dirinya terpaksa menanggung beban hidup berkeluarga selepas suaminya tidak lagi bekerja akibat kemalangan.

Sebagaimana didakwa wanita itu dalam hantaran di Facebook, suaminya kini enggan mencari pekerjaan walaupun sudah pulih daripada kecederaan dialaminya.

Menguruskan rumah tangga bukan satu hal yang mudah. -Gambar hiasan

Menguruskan rumah tangga bukan satu hal yang mudah. -Gambar hiasan

"Maaf saya ingin meluahkan sedikit perasaan kerana saya tiada tempat untuk berkongsi.

"Suami saya tidak bekerja disebabkan kemalangan yang dialaminya sebelum ini.

"Walaupun kini dia sudah pulih dan sihat, dia masih belum mencari pekerjaan," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Usahawan terkedu bakal staf jerkah isteri! Terus kantoi jenis ‘biawak hidup’, berang bini gigih tolong carikan kerja

ARTIKEL BERKAITAN: Usaha cari nafkah lepas dipecat, enggan dilabel ‘biawak hidup’... Isteri bergaji besar malu suami kerja sementara jadi pak guard

Menurut pengadu yang tidak mendedahkan identiti dirinya, bebanan hidup yang ditanggungnya digambarkan sebagai sangat berat.

Malah, salah seorang daripada empat anaknya merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) yang memerlukan perhatian dan penjagaan khusus.

Masalah kewangan rumah tangga pasangan ini menjadi semakin meruncing apabila suami menggunakan wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk dirinya.

Langsung tak fikir tekak anak dan isteri.

NETIZEN

"Suami saya sering mengatakan bahawa duit JKM itu adalah duitnya, dan setiap kali dia memberi wang dia akan meminta kembali.

"Dia langsung tidak mengambil peduli tentang keperluan makan dan minum kami. Kini, dia sudah pulang ke rumah ibunya dan sudah tiga hari dia berada di sana.

"Duit bantuan yang diterima tidak diberikan untuk membeli susu dan lampin pakai buang anak OKU kami, malah Sumbangan Tunai Rahmah (duit bantuan) juga dimasukkan ke dalam akaunnya tanpa diberikan kepada kami," jelasnya.

Masalah kewangan yang berlarutan ini membuatkan wanita itu sudah tidak lagi mampu bertahan.

Komen netizen di Facebook.

Perkongsiannya mendapat perhatian ramai dengan rata-rata warganet bersimpati dengan apa yang terjadi.

"Buatlah keputusan yang terbaik untuk diri sendiri dan anak-anak. Buat apa bertahan kalau hati tak mampu. Aduh lelaki jenis semua nak 'sapu'.

"Langsung tak fikir tekak anak dan isteri. Duit bantuan tu boleh tukar letak dalam akaun bank kita. Fikir la puan, mana baik untuk anak-anak," komen beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain