GAGAL sebagai anak perempuan, gagal sebagai hamba Allah. Demikian kapsyen yang ditulis seorang gadis menerusi perkongsian di aplikasi TikTok yang kemudiannya tular. Dalam hantaran itu, gadis berkenaan memuat naik tangkap layar mesej teguran panjang lebar yang dihantar oleh bapanya. Segelintir wanita tidak mengambil berat soal aurat. -Gambar hiasan Dalam kiriman mesej WhatsApp itu, bapanya meluahkan kekecewaan kerana gadis tersebut gagal menutup auratnya dengan sempurna. "Dah banyak kali abah tegur jaga aurat, pakai tudung nampak leher. Pakai tudung gaya macam ni, makin lama makin terdedah leher. "Kenapa nak raih dosa percuma? Sorok dosa daripada abah, tapi tunjuk kepada Allah dan khalayak. Allah, berapa banyak dosa tu? Saya selaku anak yang baru sebulan kehilangan arwah abah, saya nasihatkan supaya awak dengar nasihat ayah awak. NETIZEN "Banyak kali dah abah tegur, kenapa masih berdegil? Tak rasa berdosa ke? Bukannya budak lagi," tulis bapanya. Dalam kiriman mesej sama, bapanya turut meluahkan rasa penat apabila dia terpaksa berulang kali menegur tentang hal sama. Malah, bapanya turut memberi peringatan tentang azab Allah di alam akhirat sekiranya gadis itu gagal menjaga kehormatannya. ARTIKEL BERKAITAN: Rindu tak berbalas... Bapa terjenguk-jenguk dari luar tingkap, panggilan minta buka pintu tidak dijawab! - “Sampainya hati mu anak” ARTIKEL BERKAITAN: Bengang anak ditegur sebab tendang haiwan, bapa marah peserta MAHA 2024! Angkuh, sikit pun tak minta maaf "Penatlah nak tegur. Abah cabar awak letak jari dekat api. Kalau boleh tahan, awak sangat hebat. Abah tak minta macam-macam. "Abah nak anak-anak abah dengar cakap je, susah sangat ke? Awak tu boleh tarik abah sekali masuk neraka tahu tak? "Mungkin sekarang awak rasa bangga. Nanti bila dah mati, dah azab, dah tak ada rasa bangga lagi. Dah berapa ramai lelaki tengok aurat kamu, malu abah," tulis bapanya lagi. Hantaran yang dimuat naik gadis itu menerima lebih 340,000 tontonan sehingga ia turut dihujani pelbagai komen netizen. Selain aurat, kaum Hawa juga perlu menjaga batas pergaulan. -Gambar hiasan Menurut seorang pelayar TiKTok, gadis itu sepatutnya bersyukur apabila masih mempunyai bapa yang prihatin terhadapnya. "Untungnya ada ayah yang menegur tentang aurat. Ayah kita langsung tak pernah tegur. "Saya selaku anak yang baru sebulan kehilangan arwah abah, saya nasihatkan supaya awak dengar nasihat ayah awak. "Tak semua ayah berani tegur anak-anak sebab takut anak makan hati," tulis beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube