suria

Bangga langgan Netflix, tapi guna internet jiran sebelah... Terus tak bertegur sapa lepas dapat tahu password WiFi ditukar

Ramai individu memasang rangkaian WiFi untuk menggunakan internet di rumah. -Gambar hiasan

SUATU masa lalu, kita sering melihat golongan ibu bertukar juadah sesama jiran tetangga.

Namun dalam kehidupan hari ini, ada individu yang bermurah hati sanggup berkongsi kata laluan WiFi dengan jiran mereka.

Seorang individu dikenali sebagai Pakcik Hampa turut meraih perhatian netizen selepas berkongsi kisah tentang jirannya yang kedekut.

Pics for Wifi story. AZMAN GHANI / The Star

Kebanyakan rangkaian WiFi hanya boleh diakses melalui kata laluan khas yang ditetapkan pemiliknya. -Gambar hiasan

"Dua bulan lalu, jiran minta kata laluan WiFi. Saya beri kerana tiada masalah bagi saya. Semalam ketika pulang, dia beritahu saya dengan gembira, dia kini ada Netflix.

"Saya berseloroh minta kata laluan Netflix. Tiba-tiba isterinya dalam kereta berkata tak boleh bagi sebab dia yang bayar (langganan Netflix).

"Selepas itu WiFi mereka tak berfungsi. Mereka datang tanya. Saya jawab yang saya tukar kata laluan kerana saya yang bayar. Isterinya terdiam.

Dia nak percuma, tapi dengan kita dia berkira.

NETIZEN

"Sejak itu mereka tidak lagi bercakap dengan saya," tulis individu itu.

Perkongsian itu menerima lebih 340,000 tontonan sejak ia dimuat naik ke aplikasi TikTok pada Isnin.

Malah, ia turut dihujani komen netizen yang rata-ratanya menyelar sikap jirannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita sentap jiran ‘sound’ bau asap motosikal, menyesal bertahun bagi guna WiFi percuma... Hubungan baik jadi dingin

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak WiFi order dulu” - Restoran kedekut Internet, data telefon pula lembab! Pelanggan nyaris angkat kaki, susah pesan guna kod QR

"Tak cerdik isterinya pun, ada Netflix tapi tak ada internet, macam mana?

"Macam mana boleh tebal muka eh minta kata laluan WiFi?

"Dia nak percuma, tapi dengan kita dia berkira," kata beberapa netizen.

Photo for story on slow internet, October 8, 2018. GLENN GUAN/The Star

Capaian internet yang perlahan boleh menyebabkan pengguna naik angin. -Gambar hiasan

Namun, ada juga netizen yang tidak kisah dengan amalan berkongsi WiFi dan menganggap ia sebagai satu bentuk sedekah.

Menurut seorang individu dikenali sebagai Shafina, dia tidak kisah berkongsi WiFi memandangkan jirannya bukan orang senang.

"Saya pun dekat rumah pakai WiFi, tapi saya benarkan jiran guna, sebab jiran saya ni tak berapa senang. Dia berniaga online, itulah pendapatan utamanya.

"Saya halalkan saja, sebab dia bekerja untuk sara anak-anak yang masih kecil. Jiran saya ni baik, sentiasa bertanya khabar dan cakna orangnya," kongsinya di ruangan komen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain