ISTERI mana yang tidak trauma apabila suaminya pernah kantoi berlaku curang dengan wanita lain? Demikian jugalah kisah dikongsikan oleh wanita ini yang dicurangi suami ketika sedang berpantang selepas melahirkan zuriat sulung. Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti diri ini, biarpun terluka dengan apa yang terjadi tiga tahun lalu, dia mengambil keputusan untuk memberikan peluang kedua buat suami. "Saya berikan peluang kedua sebab dia sungguh-sungguh merayu. Dan selepas tu kami okay sahaja. Gembira dan menjalani kehidupan seperti biasa. "Saya bukan seorang yang jealous kalau dia berkawan dengan sesiapa. Cuma hati saya jadi berdebar, jadi tak tenang, saya jadi shaking walaupun belum kantoi," tulisnya dalam hantaran berkenaan. Suami dan isteri sepatutnya melengkapi antara satu sama lain untuk menjamin keharmonian rumah tangga. -Gambar hiasan Namun ungkapan ada mengatakan, naluri seorang isteri jarang tidak tepat. Menurutnya, perasaan resah yang dirasakannya itu terjawab selepas dia menemui mesej di aplikasi Facebook yang dikirim oleh suaminya kepada seseorang. ARTIKEL BERKAITAN: Suami kantoi curang lagi, wanita nekad cerai selepas bersalin... Remuk hati dapat tahu penyondol beri nama anak ARTIKEL BERKAITAN: Suami terlantar sakit curang dalam wad hospital, main cinta dengan bini pesakit katil sebelah... Lepas sihat terus cerai isteri! "Saya hanya jumpa bukti mesej bertulis 'amboi 4 pagi add kita. Kerja malam ke?' di Facebook ditujukan kepada kawan kerja dia yang baru. "Mesej tu biasa. Cuma sampai sekarang hati saya tak tenang dan instinct tu kuat sangat," tulisnya lagi. Biarpun belum memperoleh bukti kukuh suaminya mengulangi kecurangan selepas kes tiga tahun lalu, namun ujar wanita itu, hatinya meronta-ronta mahu berpisah. Ustaz dah beritahu, cari pasangan yang ada agama dan akhlak, kalau tak ada dua tu, angkat kaki. NETIZEN "Sebab secara tiba-tiba saya teringat kes dia sebelum ni. Dan saya tahu bila-bila masa je dia akan repeat sebab sebelum kahwin pun banyak kali kantoi. "Dari segi aspek yang lain, dia bagus. Daripada jaga anak, jaga keluarga, penyabar, penyayang. "Cuma saya ada penyesalan berkahwin tu sangat kuat. Saya terdetik nak cari yang sekufu, yang sama-sama taraf dengan kerjaya. Mungkin yang sama-sama educated so tak sibuk menggatal. "Memandangkan saya masih muda dan baru ada anak satu, perlukah saya buat keputusan untuk angkat kaki sekarang nak mencari yang baru?" tulisnya lagi memohon pandangan warga maya. Antara sebahagian komen netizen. Menjengah ruangan komen, netizen tampil memberikan reaksi yang pelbagai namun rata-ratanya mengingatkan wanita berkenaan agar lebih berhati-hati memandangkan suaminya sudah beberapa kali terkantoi. "Ustaz dah beritahu, cari pasangan yang ada agama dan akhlak, kalau tak ada dua tu, angkat kaki. "Sekali curang selamanya dia akan macam tu... susah nak ubah perangai seseorang. Lebih baik berpisah. "Pengalaman dalam family terdekat. Dari anak pertama dah kantoi curang belakang. Bagi peluang, anak kedua pun buat lagi... gaduh besar sampai nak bercerai, minta maaf mahu peluang. OK fine, last-last keluar anak ketiga pun curang lagi," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube