MENGIRA detik untuk melangsungkan perkahwinan pastinya mendebarkan buat bakal pengantin. Bagaimanapun, bagi seorang wanita, hasrat bergelar isteri pada tahun depan sebagaimana yang dirancang kini hanya samar-samar. Mana tidaknya, tunangnya atau bakal suami tiba-tiba mengaku tiada wang untuk berkahwin dan pengakuan itu benar-benar mengejutkan dirinya. "Dia tanya aku ada berapa duit? Aku katalah RMXXXX. Kemudian dia kata okay, boleh kahwin guna duit aku. "Aku harapkan perkahwinan ni lelaki yang guna duit dia datang meminang apa semua. Kenapa aku sebagai perempuan pula kena bayar semua. "Tak ada duit tapi nak kahwin dengan aku. Kalau tak ada duit carilah duit dulu. Kau fikir nafsu kau je kan. Teruk betul," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial. Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan Dalam luahan itu, katanya, tunangnya sebelum ini pernah merancang untuk membuat simpanan sebagai persediaan untuk perkahwinan mereka pada tahun depan. "Dulu dia kata nak kumpul antara RM10,000 hingga RM15,000 untuk kahwin dengan saya. Tapi sebab dia tukar kerja baharu, jadi gaji dia berkurang. "Dia terburu-buru nak kahwin secepat mungkin. Itu yang nak guna duit saya. Katanya lepas kahwin nanti ada la rezeki bertambah," ujarnya tanpa mendedahkan sebab tunangnya mahu meneruskan perkahwinan. ARTIKEL BERKAITAN: Usahawan terkedu bakal staf jerkah isteri! Terus kantoi jenis ‘biawak hidup’, berang bini gigih tolong carikan kerja ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu cinta isteri sampai sanggup pinjam Ah Long tapi bercerai jua! Suami penyayang sedih pengorbanan tak dihargai Alasan yang diberikan tunangnya ternyata mengecewakan kerana bukan itu yang diharapkan untuk mendirikan rumah tangga. "Sumpah rasa beban besar bila dengar dia cakap tu. Rasa sedih sebab nasib aku kena guna duit sendiri untuk kahwin dengan lelaki ni. Saya ni jenis mudah simpati, tolong doakan saya kuat untuk melepaskannya. BAKAL PENGANTIN PEREMPUAN Bercerita lanjut, dia percaya tunangnya itu bersikap demikian mungkin disebabkan dirinya kini mengusahakan perniagaan yang mana dianggap mempunyai lebih pendapatan. "Dia tahu aku ada buat bisnes. Mungkin dia fikir aku ada banyak duit. Aku pun tipu ada RMXXXX je. Tapi masih kecewa sangat sebab aku pula yang kena bela dia. "Serius aku dah tak kisah kalau kahwin perlukan RM3,000 hingga RM5,000 okay la, kalau orang lain sampai RM20,000 hingga RM30,000 kot. "Aku minta dia kumpul RM3,000-RM5,000 je pun tak boleh nak tunggu," katanya. Wanita dilema dengan hala tujunya selepas ini. -Gambar hiasan Menurut wanita itu, sepatutnya menjadi tanggungjawab lelaki menanggung kos untuk melangsungkan majlis perkahwinan. "Itulah risau juga kalau lepas kahwin nanti macam mana. Bila dia kata tu, saya senyap je. Jadi, dia tahulah saya tak mahu guna duit saya sepenuhnya. "Saya harap dia faham yang dia patut kerja keras untuk halalkan saya," jelasnya. Walau bagaimanapun, dia tetap memberi sejumlah wang kepada tunangnya, memikirkan bakal bapa mentuanya yang sedang sakit. "Sekarang ni pun saya bagi duit kat dia RM500 sebab ayah dia sakit. Dia tak mampu nak bagi kat famili, mak ayah dia pula tak kerja. Adik-beradik dia pula tak boleh kerja bagai. "Tapi situasi paling susah sekarang ni macam mana keluar dari semua ni. Saya ni jenis mudah simpati, tolong doakan saya kuat untuk melepaskannya," ujarnya sebak. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube