SEIRING peredaran masa, perkhidmatan penghantaran atau kurier menjadi pilihan pengguna yang ingin menjimatkan masa sekali gus sebagai pemudah cara di antara pengirim dan penerima. Namun, kemudahan perkhidmatan yang ditawarkan ini adakalanya memberikan pengalaman negatif apabila terdapat pekerja kurier cuai dalam tugas menghantar pesanan diamanahkan kepada mereka. Bukan pukul rata, tetapi pengalaman dimuat naik seorang wanita dikenali sebagai Naura Delisya dari Perak ini sedikit sebanyak menambah kebimbangan pengguna lain. Menurut perkongsiannya, kisah bermula apabila dia menghantar kamera Insta 360 kepada rakannya di sebuah institusi pengajian tinggi tempatan melalui pos. Pekerja syarikat kurier perlu fokus dan amanah menjalankan tugas. -Gambar hiasan Bagaimanapun, bukan kamera yang dihantar oleh syarikat kurier kepadanya, sebaliknya dia menerima satu raket tenis. Wanita itu berkata, selepas aduan dibuat kepada pihak kurier, siasatan mendapati berlaku kecuaian melibatkan staf syarikat penghantaran yang tertukar barang yang dihantar kepada dua penerima. “Ini adalah kecuaian staf syarikat penghantaran di situ. Katanya, memang ada raket tenis untuk dihantar sekali untuk pelajar lain di universiti berkenaan. “Rupanya parcel kami tertukar. Pelajar yang patut dapat raket, tapi dapat kamera," katanya sambil menambah, selain kamera dia turut mengirim beg dan aksesori untuk dipinjam oleh rakannya. ARTIKEL BERKAITAN: Ingatkan line clear, rupanya tak! Pakcik rider tenang pilih parcel mana nak curi, tak sedar aksi dirakam... Ramai minat mahu tahu jenis CCTV ARTIKEL BERKAITAN: Individu lain guna alamat, tuan rumah rimas terima banyak bil tertunggak! Pemilik surat marah dihubungi, suruh abaikan saja Menurut wanita itu, dia bertambah kesal apabila pelajar yang menerima kamera itu tidak mengambil inisiatif membuat aduan dengan menghubungi syarikat kurier berkenaan bagi memaklumkan dirinya menerima bungkusan milik orang lain. “Lagi satu yang peliknya, benda (parcel) sudah dihantar tapi tak hantar laporan semula pada syarikat kurier? Kau dapat barang yang salah, tapi kau diam?” katanya, kesal. Wanita itu bagaimanapun berkata, dia cuba berfikir positif dengan menganggap pelajar itu mungkin mempunyai sebab atau alasan munasabah apabila tidak membuat laporan kepada syarikat kurier. Malah, dia juga terfikir kemungkinan pelajar itu belum membuka bungkusan barang yang diterima. “Budak tu masih belum buka parcel lagi. Aku positif budak tu baru terima, tapi tak kan tak pelik kan? Rupanya parcel kami tertukar. Pelajar yang patut dapat raket, tapi dapat kamera. NAURA DELISYA “Parcel yang sampai pada dia bentuk petak, tak sebesar raket tenis sedangkan raket tenis diterima kawan aku tu besar. “Aku pun jenis buka pacel kadang dua tiga hari lepas sampai, ataupun masa nak guna baru buka,” dia berfikiran positif. Bercerita dengan lebih lanjut, wanita itu berkata syarikat kurier telah menghubungi nombor telefon berdasarkan maklumat yang tertera pada raket tersebut. Bagaimanapun, individu yang menjawab panggilan syarikat kurier itu mendakwa dia adalah ibu kepada penerima dan tidak tahu menahu mengenai urusan penghantaran barang kepada anaknya, juga tentang kesilapan yang berlaku. Aduan boleh dibuat berhubung kesilapan dan kecuaian pihak syarikat penghantaran. -Gambar hiasan Justeru, ibu kepada penerima itu bertindak memberikan satu nombor telefon, didakwa nombor telefon anaknya kepada syarikat kurier untuk tindakan lanjut. “Mak budak tu pun macam tak tahu apa, mungkin orang tua jadi dia serahkan nombor telefon pada pihak syarikat penghantaran untuk selesaikan. “Aku tak tahu nak beri reaksi macam mana. Aku masih menunggu dan mengharapkan barang kiriman sampai dalam keadaan selamat. “Benda nak beli pakai duit, dah tu beribu. Sekali aksesori lagi dah berapa. Moga Allah bantu permudahkan urusan,” jelasnya yang sehingga kini berharap kameranya itu dipulangkan oleh penerima dalam keadaan selamat. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyarankan wanita ini membuat aduan mengenai kecuaian syarikat penghantaran. “Barang berharga jangan pos. Nak pinjam kena bagi dengan tangan sendiri. Buat report polis dan siapkan bukti. “Saya pernah beli makanan coklat jar enam botol, sampai cuma empat botol, dua botol kena curi. Sebelum post seller hantar gambar, masa transit, staf syarikat penghantaran koyak parcel dan curi,” antara komen diberikan warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube