suria

Ibu tunggal 3 anak mahu tingkat ciri keselamatan rumah baharu, ramai bagi idea kreatif - “Tolong jangan suruh saya kahwin lain”

Keselamatan adalah perkara yang perlu diutamakan ketika berpindah ke rumah baharu. -Gambar hiasan

MEMEGANG status sebagai ibu tunggal bukanlah mudah, lebih-lebih lagi ketika anak-anak sedang membesar.

Selain bersendirian menggalas tanggungjawab membesarkan anak-anak agar sempurna dari segi keperluan asas, pendidikan dan sebagainya, satu lagi aspek penting yang perlu diberi perhatian adalah keselamatan.

Bayangkan betapa sukar dan besarnya risiko yang ditanggung lebih-lebih lagi buat ibu tunggal yang hanya menetap bersama anak-anak kecil.

Demikian juga situasi yang sedang dilalui oleh seorang ibu tunggal kepada tiga cahaya mata perempuan ini.

Dalam satu hantaran di laman Facebook, wanita berkenaan meluahkan rasa bimbang untuk berpindah ke rumah baharu kerana memikirkan aspek keselamatan, memandangkan kawasan perumahan tersebut masih sunyi.

janda 2

Sesetengah ibu tunggal bukan sahaja perlu mencari rezeki tetapi membesarkan anak bersendirian. -Gambar hiasan

"Saya beli rumah baharu tapi kawasan rumah tu baru dua unit rumah yang orang tinggal di situ.

"Dok fikir juga nak pindah masuk rumah tu memandangkan saya ni ibu tunggal anak perempuan tiga orang. Suami dah meninggal.

"Tapi kalau tak pindah, bajet pun lari sebab rumah yang tinggal sekarang pun kena bayar bulan-bulan," kongsinya dalam hantaran berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami utamakan yang berkeluarga saja” - Tuan rumah tak izin menyewa, ibu tunggal 3 anak kecewa status jadi ukuran

ARTIKEL BERKAITAN: Setuju nikah janda, rupanya ‘pakej’ ibu tunggal anak 2! Lelaki bawa diri ke luar negara, sakit ditipu hidup-hidup

Disebabkan tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa berpindah ke rumah baharu, wanita tersebut meminta pandangan warga maya mengenai cadangan untuk mempertingkatkan aspek keselamatan kediamannya.

"Dari segi keselamatan mangga pintu, yang terbaik dan berkualiti patut saya beli yang mana?

"Tolong bagi pendapat dari segi keselamatan kediaman.

"Tolong jangan suruh saya kahwin lain sebab saya tak nak. Tak terlintas di jiwa saya untuk kahwin lain. Arwahlah suami saya di dunia dan di akhirat," kongsinya lagi.

Letak kasut lelaki dekat luar. Jangan bagi nampak macam ada perempuan saja dalam rumah.

NETIZEN

Perkongsian wanita berkenaan mengundang perhatian warga maya dengan rata-ratanya tampil memberikan pelbagai cadangan sebagai solusi kepada masalahnya.

Selain mencadangkan pemasangan gril serta kamera keselamatan, ada di antara netizen memberikan cadangan yang unik dan respons yang lucu.

komen pindah

Antara komen netizen terhadap perkongsian individu berkenaan.

"Letak kasut lelaki dekat luar. Jangan bagi nampak macam ada perempuan saja dalam rumah.

"Bela anjing jalanan di luar rumah. Kalau nampak anjing jalanan lalu depan rumah, bagi anjing tu makan. Tiga kali bagi makan, anjing tu akan setia dengan puan.

"Pakai kayu selak dari dalam untuk pintu dapur dan pintu depan. Buruk sikitlah tapi keselamatan terjamin.

"Tak suruh akak kawin lain pun. Cuma nak tanya anak perempuan tiga orang tu dah kahwin ke belum? Umur berapa," demikian antara reaksi netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain