suria

Anak baru kahwin serba salah dengan suami... Ibu suka berkemban, tak pakai coli di rumah! Susah nak tegur sebab dah selesa, terbiasa

Anak binggung sama ada perlu menegus ibunya kerana berpakaian seksi ketika dirumah. Gambar hiasan

KADANG kala, kita beranggapan diri bebas melakukan apa saja ketika menghabiskan masa di rumah sendiri.

Tanpa sedar, sebenarnya terdapat adab perlu dijaga seperti penampilan dan pemakaian lebih-lebih lagi jika banyak keluarga tinggal di bawah bumbung sama.

Seperti perkongsian wanita ini yang baru mendirikan rumah tangga, dia berada dalam dilema apabila ibunya sering berpakaian seksi seperti berkemban dan bersinglet di rumah.

Kongsi individu ini, dia dan suami menumpang di rumah ibunya buat sementara waktu bagi menunggu rumah mereka siap.

Wanita ini baharu berkahwin dan menumpang di rumah ibu bapanya sementara rumah mereka siap.

Seorang wanita baru berkahwin dan menumpang di rumah ibu bapanya sementara kediamannya dan suami siap. -Gambar hiasan

“Saja nak bercerita. Dalam keluarga saya, ibu gemar berkemban atau sekadar mengenakan singlet ketika berada di rumah.

“Perkara itu sudah biasa bagi kami sekeluarga. Namun, saya baru berkahwin dan saya bersama suami membuat keputusan untuk duduk bersama ibu bapa saya sementara rumah kami siap,” ujarnya.

Wanita ini berkata, penampilan ibunya yang hanya berpakaian singlet tanpa coli membuat dirinya sebagai anak berasa malu dengan imej itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita berang ibu mertua juga pakai 'gaun pengantin' pada majlis kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tergamak sedekah baju seksi, wanita ini gali lubang tanam tepi rumah... Ada yang minta tapi maaf, enggan tanggung dosa!

Bagaimanapun, dia mengakui dari segi karakter dan sikap ibunya adalah seorang ibu yang baik dan tidak menimbulkan apa-apa masalah.

My mom is 100 peratus okay je. Cuma dari segi pemakaian di rumah tu agak mencolok mata.

“Nak tegur nanti merajuk pula. Cepatlah rumah siap,” katanya lanjut.

Nak pesan, lelaki dah kahwin jangan duduk rumah keluarga atau mertua, jangan lokek.

WARGANET

Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya terutama lelaki kurang bersetuju dengan keputusan pasangan itu untuk tinggal serumah dengan ibu bapa.

Segelintir mereka turut mencadangkan agar wanita itu dan suaminya berpindah dan tinggal di rumah sewa buat seketika.

“Nak pesan, lelaki dah kahwin jangan duduk rumah keluarga atau mentua, jangan lokek duduk rumah keluarga.

Lelaki disarankan untuk menyediakan tempat tinggal berasingan dengan keluarga sejurus bernikah. Gambar hiasan

Lelaki disarankan untuk menyediakan tempat tinggal berasingan dengan keluarga sejurus bernikah. -Gambar hiasan

“Carilah rumah sewa buat sementara, tak ada nak terasa secara langsung atau tidak.

“Itu rumah mak kau, kau yang bawa suami masuk rumah tu, jadi pergi suruh kontraktor rumah kau cepat siapkan rumah.

“Sewa la rumah lain dulu. Siapa suruh duduk dengan mak," komen beberapa netizen.

Sementara itu, berdasarkan maklumat Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ibu bapa perlu mengambil berat dalam perkara ini dengan sentiasa memastikan tidak mudah mendedahkan aurat sesama mahram apatah lagi kepada bukan mahram yang haram baginya. Justeru, Islam mewajibkan agar menjaga aurat sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak.

Aurat antara ibu bapa di hadapan anak-anaknya adalah antara pusat dan lutut. Oleh itu haram bagi kedua-duanya menukar pakaian di hadapan anak-anak mereka jika perbuatan itu boleh mendedahkan aurat yang haram dilihat.

Ibu bapa juga wajib menutup bahagian tubuh yang boleh menaikkan syahwat dan fitnah walaupun bukan kategori aurat, meskipun di hadapan mahram sendiri, kecuali di hadapan anak-anak mereka belum mencapai umur mumayyiz.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain