AUTISME atau Autism Spectrum Disorder (ASD) adalah gangguan perkembangan saraf yang mempengaruhi kemampuan seorang kanak-kanak dalam interaksi sosial, tingkah laku dan cara berkomunikasi. Kebiasaannya golongan ini memerlukan perhatian yang lebih berbanding kanak-kanak normal. Ketika ramai ibu bapa gembira membesarkan anak di depan mata, ada banyak pasangan terpaksa berperang dengan emosi, menahan telinga daripada sindir dan cemuh, hanya kerana memiliki anak autisme. Kanak-kanak autisme juga ingin bergaul bersama rakan sebaya mereka. - Gambar hiasan Situasi itu diakui seorang lelaki yang terkilan dengan tindakan ibu bapa lain, seolah-olah tidak membenarkan anak-anak mereka bergaul bersama anak istimewanya. "Penah sekali, aku pergi taman permainan bagi anak pakai baju I have autism (saya ada autisme) dan itu memang kesilapan terbesar aku. "Sakit mata tengok mak bapa orang lain tarik anak dia tak bagi bercampur dengan anak aku. Dari seronok main ramai-ramai terus jadi sedih tengok dia main sorang-sorang," luahnya di media sosial. ARTIKEL BERKAITAN: “Dah plan cantik, tiba-tiba cacat” - Suami isteri malu zuriat pertama autisme, meratap fikir apa salah dan dosa ARTIKEL BERKAITAN: Nasib anak autisme, dilayan buruk beraya di kampung... Ibu tak sanggup tengok asyik kena marah, dituduh hilangkan barang kemas Lelaki itu bagaimanapun tidak menyalahkan ibu bapa terbabit dan beranggapan terdapat salah faham dalam kalangan mereka. "Mungkin mak ayah orang lain takut sebab pernah tengok video anak artis budak istimewa ni mengamuk buat (pukul) orang lain. Bukan semua budak autisme macam tu. Tapi tu la, memang kena pantau sangat-sangat anak ni bila bawa ke tempat awam. "Kalau pegi mall, kedai makan semua tu tak jadi isu sangat tapi bila masuk taman permainan bercampur dengan budak lain jadi isu. Budak tu nak berkawan main sama-sama. Mak ayah budak lain buat serupa anak kita ni nak cederakan anak mereka," luahnya. Mungkin orang lain takut sebab pernah tengok video anak artis mengamuk. Bukan semua budak autisme macam tu. BAPA ANAK AUTISME Jelasnya, dia sentiasa memantau anak istimewanya itu bagi mengelak kejadian tidak diingini tetapi tidak semua ibu bapa memahami situasi berkenaan. "Kadang-kadang budak tu nak berkawan je pun tapi orang tengok macam budak tu nak apa-apakan anak dia. Kita memang pantau anak sebab tahu anak kita macam tu, tapi sedih juga la tengok budak main seronok, mak bapa budak pula yang lebih-lebih," katanya. Luahan berkenaan mendapat perhatian warga maya dengan masing-masing meminta dia bersabar dan ada juga berkongsi pengalaman serupa dalam membesarkan anak-anak autisme. Reaksi netizen "Saya lebih suka ibu bapa yang memaklumkan anak mereka seperti ini. Jadi jika dia bermain kasar dengan anak saya, saya tidak akan terasa dan saya akan maklum dengan anak yang kawan itu aktif, jadi main elok-elok. "Kalau dia pukul jangan balas balik. Saya selalu ke taman dan jumpa kanak-kanak pakai baju i have autism. Autisme bukan berjangkit jadi kenapa perlu menjauhkan diri. "Pernah hadap juga, kadang mulut ni nak ja kata harap kau pun dapat anak special macam kami," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube