BUKAN semua perkara atau maklumat tentang diri kita boleh dikongsi kepada umum, meskipun dalam kalangan ahli keluarga sendiri. Bagi sesetengah individu, ada beberapa perkara dianggap peribadi serta sulit dan persendirian (P&C) justeru tidak wajar didedahkan. Namun bagi seorang wanita yang sudah mendirikan rumah tangga ini, dia berada dalam dilema apabila diasak keluarga mentua yang bertanyakan tentang gaji dan bonus yang diterimanya. "Nak tanya orang-orang yang dah kahwin, korang beritahu mentua tak berapa gaji korang? Memeriksa gaji menjelang akhir bulan. -Gambar hiasan "Suami dan adik-beradik dia memang cerita segala-galanya dengan mak ayah mereka. Saya pula jenis tak cerita benda P&C ni. "Dengan famili sendiri pun tak pernah beritahu. Rasa janggal bila ibu mentua tanya-tanya gaji saya, berapa bonus, berapa kali dapat dan lain-lain lagi," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Mak BF suruh bayar bil Astro, pinjam duit beli barang dapur... Waktu minta bayar hutang teman lelaki bagi ayat ‘makan dalam’ ARTIKEL BERKAITAN: Gaji 2K sebulan dihabiskan untuk keluarga... Ibu tak nampak pengorbanan anak, ‘sedap’ tuduh boros kalau cakap tak ada duit Wanita berusia 37 tahun ini berkata, keengganannya mendedahkan jumlah pendapatan termasuk sumber kewangan lain seperti bonus bukan bermakna dirinya seorang yang kedekut. Sebaliknya dia tidak pernah berkira dengan keluarga dan sering berbelanja untuk mereka pada waktu-waktu tertentu. Ada orang yang jenis bila tahu kita gaji tinggi, dia harapkan semua duit kita dahulukan. WARGA MAYA "Saya bukan kedekut, selalunya kalau melawat, buah tangan tak pernah miss. Belanja makan pun bila ada rezeki lebih memang on. "Saya takut bila beritahu dapat bonus ke naik gaji, orang mengharapkan sesuatu, sedangkan kadang-kadang kita sudah ada rancangan lain seperti bayar hutang dan buat simpanan," katanya. Wanita penat melayan perkara remeh-temeh. -Gambar hiasan Buntu dengan situasi yang dihadapinya, dia dalam masa sama tidak mahu membuatkan orang lain terutama ibu bapa mentuanya terasa hati. "Kalau macam ni, macam mana korang selesaikan isu ni? Kalau tak nak beritahu (dedah gaji, bonus), bagaimana beritahu mereka dengan cara sopan? Tak nak mereka nanti kecil hati pula," katanya lagi. Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju dengan pandangan dan keputusannya untuk tidak berkongsi jumlah gaji dan bonus kepada keluarga mentua kerana ia merupakan perkara sulit dan peribadi. Namun, segelintir mereka turut mencadangkan alasan yang bersesuaian tanpa perlu menipu sekiranya isu tersebut kembali dibangkitkan. "Kalau ada orang tanya pasal gaji, aku just cakap 'ada la sikit, cukup-cukup makan untuk hidup'. Pasal bonus pula, cakap je 'entah tak tahu, ikut performance. Kalau ada, ada la'. Jangan lurus sangat semua benda nak beritahu. "Kalau tak nak menipu, cakap 'biasa-biasa je'. Sebab memang ada orang yang jenis bila tahu kita gaji tinggi, dia harapkan semua duit kita dahulukan. Lepas tu nanti takut ada datang nak pinjam duit memanjang," komen warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube