SELAIN menjaga harta benda tuan rumah dengan baik serta membayar sewa rumah sebagaimana yang ditetapkan, salah satu adab penyewa adalah melunaskan bil-bil utiliti tepat pada waktunya. Tidak dinafikan, ada segelintir penyewa yang mengambil ringan soal bayaran utiliti sehingga merekodkan tunggakan dalam jumlah yang banyak, sekali gus menimbulkan masalah kepada tuan rumah. Dalam satu hantaran di TikTok, seorang penyewa meluahkan rasa tidak puas hati gara-gara tuan rumahnya bertindak mengunci meter air susulan terdapat tunggakan bil air yang masih belum dijelaskan. "Tuan rumah ada hak ke nak kunci air (meter) macam ni? Hampir dua bulan tuan rumah kunci meter air disebabkan ada tunggakan yang kami tak bayar," tulisnya dalam perkongsian berkenaan. Perjanjian atau kontrak adalah dokumen yang wajib disediakan, antara tujuannya bagi melindungi hak pemilik rumah dan juga penyewa. -Gambar hiasan Menurut penyewa tersebut, jumlah tunggakan bil air berjumlah kira-kira RM400 tidak dapat dijelaskannya atas alasan kekangan kewangan. "Tuan rumah bising sebab kitaorang ada tunggakan banyak macam tu. Saya beritahu dia, 'kitaorang bayar cuma kadang-kadang bayar sikit-sikit sebab tu tunggakan jadi naik makin banyak'. "Sebabnya perniagaan saya tak okay lately. Kami agak terkilan sebab tuan rumah ambil tindakan sampai macam ni. Kami dah duduk sini nak masuk tahun ke-5. "Sebelum ni tak pernah ada bil tertunggak. Tapi tahun ni memang bisnes slow," jelasnya. ARTIKEL BERKAITAN: Penyewa pindah, tinggalkan hutang dan sewa tertunggak! Tuan rumah gigit jari tak minta deposit, siap bagi pinjam duit ARTIKEL BERKAITAN: Penyewa banglo 10 bilik lesap! Tinggalkan tunggakan RM58,000, guna taktik pindah berperingkat Tambah penyewa berkenaan, ini merupakan tindakan kedua daripada tuan rumah yang disifatkannya sebagai tidak berhati perut, menyebabkan dia tidak mampu bersabar. "Bab bil elektrik lagi satu hal. Ada tunggakan juga. Tuan rumah siap call Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk datang cabut main fius. Sudahlah bulan puasa. "Dengan ada anak kecil, dengan kami berniaga. Sama juga, hampir dua bulan duduk rumah tanpa ada elektrik. Sebelum ni rasa macam kami boleh bersabar lagi. Anggap Allah nak uji. "Tapi kali ni rasa macam tak boleh tahan... sampai macam ni tuan rumah buat dekat kami. Kalau awal-awal masuk menyewa kami dah start ada tunggakan banyak, okaylah tuan rumah layan macam ni," tulisnya lagi. Itu hak dia... dia yang bayar bulan-bulan dekat bank. Berlambak kes penyewa lari tinggal bil-bil tertunggak. NETIZEN Tambahnya, disebabkan tunggakan bil air yang belum dijelaskan itu, tuan rumah memberi arahan agar dia keluar dan mencari rumah sewa lain. Perkongsian individu berkenaan mengundang perhatian warga maya namun rata-ratanya menyifatkan tindakan tuan rumah sebagai wajar untuk mengelakkan masalah yang lebih besar muncul disebabkan sikap culas penyewa. Netizen menganggap tindakan yang dilakukan tuan rumah adalah tepat. "Suruh tuan rumah buka bil api dan air atas nama penyewa. Baru tuan rumah tak pening kepala. Ni nanti bila penyewa gerak (keluar) tuan rumah yang kena bayar sebab nama dia. "Bisnes slow ke apa, tak ada kena mengena dengan tuan rumah. Ingat tuan rumah tak ada masalah lain ke nak fikir. Bayarlah apa yang tertunggak dulu. "Itu hak dia... dia yang bayar bulan-bulan dekat bank. Berlambak kes penyewa lari tinggal bil-bil tertunggak," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube