suria

Suami kantoi curang lagi, wanita nekad cerai selepas bersalin... Remuk hati dapat tahu penyondol beri nama anak

Seorang wanita sedih apabila mengetahui kisah disebalik nama anak bongsunya. -Gambar hiasan

PELUANG kedua yang diberikan isteri disia-siakan selepas si suami suami sekali lagi berlaku curang.

Lebih menyakitkan hati, kecurangan suami berlaku melibatkan wanita sama.

Menurut wanita itu, suaminya kembali curang diketahui selepas menemukan bukti yang menunjukkan kedua-dua mereka masih berhubung.

Keadaan itu menyebabkan pasangan tersebut sering bergaduh dan akhirnya mengakhiri rumah tangga mereka dengan penceraian.

Suami didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain. -Gambar hiasan

"Suami dengan 'si penyondol' memang sudah bercinta sejak saya mengandung anak bongsu. Tapi bila kantoi, suami ada usaha nak baiki hubungan kami. Dia masih memujuk saya.

"Dia tinggalkan skandal tu tapi dalam masa tiga hingga empat bulan selepas kejadian kantoi tu dia bersubahat dengan penyondol tu kononnyaa mereka sudah putus hubungan tapi sebenarnya tidak.

"Saya bergaduh dengan suami lalu meminta cerai. Saya nak minta pendapat boleh ke saman penyondol yang jadi penyebab penceraian saya," katanya menerusi satu luahan di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah 12 tahun cerai, suami masih patuh kepada bekas isteri! Potong nafkah bini baharu, beri lebih kepada anak perkahwinan pertama

ARTIKEL BERKAITAN: Suami hilang tiba-tiba, akhirnya cerai isteri dari overseas! Kisah terbongkar lepas baca 'surat cinta', tulis sebelum meninggal

Bercerita lanjut, dia turut menerima mesej daripada kekasih gelap suaminya sebelum ini yang menyakitkan hatinya.

Jelas wanita itu, mesej tersebut turut menjadi salah satu punca berlakunya penceraian mereka selepas dia melahirkan anak bongsunya.

"Suami awak sudah janji dengan saya akan ceraikan awak," demikian mesej yang didakwa dihantar oleh skandal bekas suaminya.

Benda ni sangat mengganggu emosi saya.

BEKAS ISTERI

Namun apa yang lebih mengganggu emosinya ketika ini apabila skandal bekas suami mendakwa telah mencadangkan nama yang diberikan untuk anak bongsunya.

Terdapat rancangan untuk pengubahan nama anaknya namun sedar perkara itu merumitkan kerana perlu mendapatkan persetujuan daripada bekas suami.

"Nama anak saya yang bongsu tu si penyondol yang letak nama dan saya rasa tak boleh nak terima nama yang diberikan tu. (Bekas) suami menafikan penyondol tu berikan nama.

"Benda ni sangat mengganggu emosi saya. Satu sebab adalah punca kami bercerai. Kedua, dia (penyondol) mengaku yang pilih nama anak saya dan bangga dia dapat melakukannya," jelasnya.

Komen netizen di Facebook.

Luahan wanita itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang bersimpati dengan apa yang menimpa dirinya yang kini bergelar ibu tunggal.

"Suami kerja kerajaan tak? Boleh lapor dekat jabatan dia sekali. Kasi tatatertib, buang kerja lagi bagus. Tengok perempuan tu nak lagi ke tak dengan orang tak ada kerja.

"Lagi satu sis, musim-musim ujian ni banyakkan doa pada Allah, doa orang teraniaya Insya-Allah tak ada hijab," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain