suria

Hari jadi bini sendiri lupa, birthday kekasih lama gigih ucap walau terlewat! Sia-sia isteri padam nombor di handphone, rupanya suami hafal

suami 1

MEMANG benar, kenangan masa lalu adakalanya sukar untuk dihapuskan, apatah lagi kisah cinta bersama insan istimewa yang pernah mengisi kekosongan hati.

Namun begitu, tidak wajar untuk terus hidup dengan kenangan lebih-lebih lagi apabila mengambil keputusan untuk membina kehidupan baharu sebagai pasangan suami bersama orang lain.

Bayangkan betapa hancurnya perasaan suami ataupun isteri apabila mengetahui pasangan mereka rupa-rupanya masih belum mampu melupakan bekas kekasih, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh wanita ini.

"Baru-baru ni saya terjumpa mesej suami saya yang wish birthday kepada ex-girlfriend dia di aplikasi Telegram.

"Ex-girlfriend dia tu pun sudah berkahwin. Dalam mesej tu, diaorang sembang pasal life update masing-masing dan bahasakan diri masing-masing dengan nama," luahnya dalam satu hantaran di laman sosial.

Apa yang membuatkan hati wanita tersebut lebih terluka, suaminya langsung tidak mengingati tarikh hari jadinya dan apatah lagi mahu memberikan ucapan manis sempena hari istimewa tersebut.

suami 2

Segelintir lelaki sukar melupakan cinta lamanya. -Gambar hiasan

"Birthday saya pun dia tak ingat, boleh pula wish birthday ex-girlfriend yang dah lewat beberapa hari tu. Lima tahun kahwin, baru tahun ni dia wish birthday saya, itu pun lepas saya hari-hari ingatkan," kongsinya.

Malah tambah wanita berkenaan, dia mengesyaki suaminya memang menyimpan serta mengingati apa sahaja perkara melibatkan bekas kekasihnya biarpun dia sudah mengambil langkah untuk menghalang kedua-duanya daripada terus berhubung.

ARTIKEL BERKAITAN: Poket makin tebal, suami mula gatal! Cikgu ini tak setuju lelaki dituduh punca rumah tangga retak, ada juga isteri biadab siap kentut depan muka

ARTIKEL BERKAITAN: Suami terlalu ‘liberal’, bercerita hal perempuan lain dengan isteri... Mak janda hujung rumah pasang ‘aircond’ pun tahu!

"Satu lagi, seingat saya, saya dah beberapa kali delete nombor telefon ex-girlfriend suami saya tu, boleh pula masih save dalam memory phone tu. Nampak sangat dia hafal nombor tu.

"Soalan saya, normal atau tidak bagi seorang lelaki untuk wish birthday ex-girlfriend, walaupun lelaki tu dah menjadi suami?

"Adakah saya ni overthinking atau terlebih jealous? Apa tindakan yang saya patut buat? Saya dah banyak makan hati dengan suami saya," demikian luahnya sambil meminta pandangan warga maya.

Masing-masing gatal lagi tu. Ambil nombor perempuan tu, awak minta dia jangan balas atau contact suami awak dah.

NETIZEN

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya tampil menasihatkan supaya wanita berkenaan berhati-hati kerana bimbang rumah tangganya terjejas gara-gara cinta lama suaminya dengan bekas kekasih bertaut kembali.

Malah mereka menyarankan supaya wanita tersebut lebih bertegas jika tidak mahu menjadi 'pilihan kedua' suami sendiri.

komen suami

Antara komen netizen.

"Saya dah 21 tahun kahwin, suami curang dah dua kali dengan ex lama. Pendapat saya, kalau suami dah chat dengan ex, tak mustahil bibit-bibit cinta akan berputik kembali.

"Masing-masing gatal lagi tu. Ambil nombor perempuan tu, awak minta dia jangan balas atau contact suami awak dah.

"Bukan nak jadi batu api, saya rasa suami sis masih sayang dan rindukan ex girlfriend dia. Pernah siasat tak diaorang putus sebab apa? Kalau sebab suami yang buat hal, confirm dia menyesal sebab tu masih cari ex girlfriend dia lagi," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain