suria

11 tahun di Malaysia... Rhys William tak ambil serius tuduhan datang untuk jadi perisik, kental berdepan haters

Rhys tidak ambil serius dirinya dituduh sebagai perisik.

KEHADIRAN pencipta kandungan kelahiran United Kingdom (UK) Rhys William yang mencari rezeki di Malaysia sememangnya diterima baik oleh masyarakat.

Namun pada Isnin, Rhys memuat naik tangkap layar memaparkan komen seorang individu yang mendakwa dia berkemungkinan datang ke Malaysia kerana ditugaskan sebagai perisik.

"Cuba hangpa bayangkan. Entah-entah dia ni perisik dari negara dia. Tapi dia saja buat macam biasa dan bercampur dengan orang Malaysia.

rhys 3

Rhys mempunyai pengalaman 10 tahun dalam penciptaan kandungan.

"Sebab (dia) nak dapatkan pelbagai maklumat," tulis individu itu menerusi ruangan komen di YouTube.

Mengulas hal itu, Rhys berkata dia cukup terhibur dan menganggapnya sebagai lumrah bagi seorang pencipta kandungan.

"Sebenarnya dah biasa dapat komen macam ni. Saya pernah dapat banyak komen haters. Sebagai content creator memang hati kita kental sikit dengan komen.

Saya cuma nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada semua yang sokong selama ni.

RHYS WILLIAM

"Saya tak boleh puaskan hati semua orang. Mula-mula dapat komen macam ni rasa marah sikit, sebab tak faham kenapa orang nak tuduh macam tu. Tapi lama-lama dah rasa lawak juga.

"Sama ada orang tu sengaja cuba buat lawak, atau kalau mereka betul-betul percaya tu, saya rasa lawak sikit... kita hanya baca dan move on je," ujarnya kepada mStar.

Rhys mula berhijrah ke Malaysia 11 tahun lalu dan sudah 10 tahun berkecimpung dalam dunia penciptaan kandungan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lawak! Rhys William bingung didenda syarikat sewa kereta gara-gara daging salai, bukti gambar jadi penyelamat

ARTIKEL BERKAITAN: “Ia Antara Saya Dengan Tuhan” - Rhys William

Kini, Rhys berkata dia sedang mengusahakan sebuah agensi yang menawarkan perkhidmatan dalam bidang kepakarannya itu.

"Sekarang memang tengah fokus dekat agensi saya. Kami cipta kandungan untuk client. Sebab saya dah ada team, memang pakar buat content, jadi kami gunakannya untuk bantu client buat content.

"Saya cuma nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada semua yang sokong selama ni. Through the ups and downs saya sentiasa menghargai sokongan semua," ujar Rhys lagi.

Dalam pada itu, perkongsian Rhys mengenai komen individu berkenaan turut meraih perhatian ramai di media sosial.

rhys 1

Rhys kini merupakan pemilik sebuah agensi berkaitan penciptaan kandungan.

"Memang ada kes spy dulu, datang sini jadi cikgu. Tapi spy level biasa je, cuma kumpul maklumat. Tapi tidaklah semua expats ni spy.

"Perisik yang mencuri rahsia resipi di Malaysia. Dia bukan pergi makan saja weh.

"Yang ni aku setuju, dia perisik dalam bahagian curi resipi rahsia masakan sedap-sedap, sebab tu dia asyik pegi reviu makanan Malaysia.

"Tak cukup dengan rempah ratus, mungkin nak curi benih durian pulak tanam kat sana," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain