PARKIR berganda atau 'double parking' bagai sudah menjadi amalan biasa di kawasan berkepadatan penduduk tinggi, hospital mahupun lokasi rumah kedai. Di laman X, tular tangkap layar hantaran seorang individu yang memaklumkan bahawa cermin kenderaannya dipecah kerana menghalang laluan sebuah kereta lain yang diparkir ketika berada di Hospital Kajang, dalam kejadian 11 November lalu. "Nak minta tolong jasa baik daripada anda, untuk makluman, cermin kereta saya kena pecah dan kemek disebabkan saya block kereta orang. "Saya akui saya salah, nak tanya sesiapa yang berada di Hospital Kajang dan ada meletakkan kenderaan di dalam hospital berhadapan hotel pada pukul 1 hingga 3 petang, 11 November. Rakaman tular yang dikongsikan individu dipercayai pemilik kereta yang dihalang. "Nak minta jasa baik yang mana nampak kejadian pada tarikh dan waktu tersebut untuk menjadi saksi, jika ada rakaman dashcam dari kereta yang parkir adalah lebih baik," ujarnya yang turut berkongsikan nombor telefon. Berdasarkan gambar yang dikongsi, cermin di sebelah pemandu bagi kereta jenis Proton Preve itu telah pecah dan terdapat sedikit kesan kemek di bahagian pintu. Bagi pelayar X yang berkongsikan hantaran tersebut, dia berpandangan pemilik kereta itu sepatutnya membaiki sendiri kerosakan yang berlaku kerana kesilapan berpunca darinya. ARTIKEL BERKAITAN: Jiran parkir ‘block’ laluan masuk buat-buat pekak, hon banyak kali pun tak dengar! - “Lepas tu keluar buat muka” ARTIKEL BERKAITAN: Amukan peniaga medan selera! Sepakat tampal nota amaran setiap kereta, berang penduduk sekitar salah guna tapak parkir Malah dia beranggapan bahawa individu yang keretanya dihalang itu mempunyai hal penting atau kecemasan sehingga terpaksa memecahkan cermin kereta. "Dah mengaku salah sendiri, kemudian nak saksi dan video dashcam pula. "Repair sendiri je, silap awak juga sebab block kereta orang dan gear tak letak N... mungkin orang tu ada hal penting ke," ujarnya. Ambil pengajaran daripada kejadian ni, kalau lepas ni terpaksa blocking kereta orang... jangan jadikan nombor telefon sebagai perhiasan. WARGA MAYA Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya. Susulan postingnya itu juga, aalah seorang pengikutnya tampil berkongsi video tular yang dimuatnaik pemilik akaun X @update11111. Menerusi klip itu, warna dan model kenderaan adalah kelihatan sama dengan keretanya yang dipecahkan cermin. Warga maya tampil memberikan reaksi masing-masing. Turut dirakam adalah nama seorang wanita dan nombor telefon pemilik kenderaan tersebut yang diletakkan di atas dashboard serta nombor pendaftaran kereta. Bagaimanapun, berdasarkan hantaran yang dibuat, pemilik kereta tersebut didakwa tidak menjawab panggilan yang dibuat sepanjang tempoh 30 minit. "Double park dalam hospital. Menunggu lebih 30 minit, call berpuluh kali tak angkat. Baik tak payah tinggal phone number," luah pemilik video tersebut. Dalam pada itu, kebanyakan warga maya memberikan reaksi kurang senang meskipun bersimpati terhadap pemilik kenderaan tersebut. "Semua yang kita buat ada kesan, perempuan tu tinggal nombor telefon tapi tak angkat ada kesan, orang yang pecahkan cermin tingkap tu pun ada kesan (kes polis). Jadi apa pun jagalah tingkah laku. "Ambil pengajaran daripada kejadian ni, kalau lepas ni terpaksa blocking kereta orang... jangan jadikan nombor telefon sebagai perhiasan. "Orang macam ni, selagi tak kena, selagi itu dia tak akan ingat. Dah tahu halang kereta orang, tak payah tarik handbrake," tambah beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube