RAMAI sedia maklum bahawa golongan berpendapatan rendah atau B40 merupakan kumpulan pengguna terbesar di Malaysia. Malah kebanyakan pengasas produk juga menyasarkan kelompok tersebut sebagai pembeli utama. Di laman TikTok, seorang pengasas produk didapati telah menghina seorang individu ketika membuat siaran langsung (live). Insiden tersebut diceritakan semula oleh seorang pelayar TikTok yang secara kebetulan menyertai sesi live berkenaan dan menyaksikan individu tersebut diherdik. Kebanyakan pengasas produk akan mempromosikan barang jualan dalam sesi siaran langsung. -Gambar hiasan "Ada founder buat live... aku masuklah tengok, ada hamba Allah ni cakap dekat komen 'tak ada yang murah sikit ke?' "Kemudian, founder tu terus halau dia dalam live tu. "Founder tu cakap 'saya tak menagih simpati golongan B40 ni'... kalau tak ada duit 'blah' (keluar) dari live ni," ujarnya berkongsi cerita. Menurutnya, herdikan dan kata-kata sinis oleh pengasas produk tersebut menyebabkan sesi 'live' yang pada awalnya ditonton lebih 500 pelayar itu turun dengan mendadak. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dibayar jadi cashier, bukan isi barang” - Sikap biadab juruwang undang padah, pelanggan wanita ini balas jawapan ‘padu’ ARTIKEL BERKAITAN: Makcik berpurdah berebut sambal kerang, kuat menyindir... Wanita tengah beli nasi lemak tahan sabar, hormat orang tua "View dia dari 500 orang terus jadi 30 orang je," tambahnya berkongsi situasi pada masa itu. Susulan itu, dia berkongsi pandangan dan nasihat yang ditujukan kepada pengasas-pengasas produk di Malaysia. Menjadikan situasi semasa sebagai sandaran, dia menyatakan golongan B40 adalah pembeli utama produk-produk yang dijual pengasas terkemuka. Dah terlambat kalau dia minta maaf pada B40. Terlajak perahu boleh patah balik, hati dia hitam melekat kerana takut barang dia tak laku, terus minta maaf. WARGA MAYA "Bang, dengar aku nak cakap... founder yang kaya-kaya dekat luar sana, barang-barang mereka kebanyakannya dibeli golongan B40. " Aku tak pernah tengok lagi founder pergi hantar hadiah cabutan bertuah RXZ dekat orang yang rumahnya banglo atau rumah ada kereta Lamborgini," katanya sambil mengingatkan supaya golongan B40 tidak dihina. Meskipun berkongsi tentang situasi yang berlaku itu, namun dia tidak mendedahkan identiti pengasas produk yang didakwa bersikap biadab itu. Menjengah ke ruangan komen, meskipun ramai menggesa dia membongkarkan perihal pengasas produk tersebut, namun baginya identiti individu itu perlu dirahsiakan. Produk kini mudah dipasarkan menerusi platform e-dagang dan media sosial. -Gambar hiasan Malah katanya, hantaran itu dibuat sebagai peringatan dan pengajaran kepada pengasas terbabit serta mana-mana usahawan agar tidak merendah-rendahkan golongan kurang berkemampuan. "Saya terpaksa rahsiakan sebab takut aibkan dia, nanti lama-kelamaan orang akan tahu siapa dia. "Saya buat status ni bukan nak suruh semua teka siapa dia (pengasas produk), saya tak suruh boikot dan cukuplah dia sendiri baca untuk perbaiki dirinya," tambahnya lagi. Dalam pada itu, rata-rata warga maya turut berkongsi pengalaman masing-masing ketika masuk ke dalam live beberapa pengasas produk yang dianggap biadab dan suka mengherdik orang miskin. Kebanyakan warga maya memintanya mendedahkan pengusaha produk tersebut. Malah ada juga yang menyatakan bahawa kebanyakan pembeli TikTok adalah golongan B40 berikutan komuniti T20 mempunyai platform atau lokasi membeli belah sendiri dan jenama tertentu yang ingin dimiliki. "Saya pernah termasuk live founder kaya raya jual beg masa tu. Masuk-masuk je, kebetulan dia cakap 'orang miskin jangan join live kalau tak mampu beli'... tersentak kejap dan terus keluar. "Macam tadi, saya masuk live sabun botol lima kilogram, siap cakap mana yang masuk tak beli jangan masuk live dia. "Samalah saya pun msuk live minyak, saya cuma tanya tak ada ke yang botol kecil sebab pada saya agak mahal, tapi founder dan penjual jawab 'nak beli, beli, tak mahu beli sudah'. "Dah terlambat kalau dia minta maaf pada B40. Terlajak perahu boleh patah balik, hati dia hitam melekat kerana takut barang dia tak laku, terus minta maaf. Menyampah," demikian luahan warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube