AURAT antara lelaki dan perempuan bukan mahram termasuklah ipar semakin dipandang enteng pada masa ini. Sama ada jahil bab agama atau menganggapnya tidak penting untuk diikuti, apa yang pasti sikap ini mampu membibitkan perasaan cinta antara satu sama lain. Hampir melalui situasi yang sama, seorang lelaki berkongsi perspektifnya sebagai abang ipar yang terpaksa membataskan pergerakan di rumah mentua. Menurut lelaki ini, adik-adik ipar perempuannya gemar berpakaian seksi dan mencolok mata apabila berada di rumah. Keluarga bahagia adalah impian setiap individu. -Gambar hiasan "Aku suka pada isteri, bermakna bloodline (susur galur keturunan) dia memang cita rasa aku... termasuklah adik-adik perempuan dia. "Pada mata aku, adik-adik dia lebih cantik. Atas sebab itulah aku berulang kali pesan pada isteri supaya menegur adik-adiknya untuk tutup aurat sewaktu kehadiran aku," ujarnya berkongsi cerita. Bagaimanapun, teguran yang dibuat ibarat masuk telingann kanan keluar telinga kiri kerana adik-adik ipar perempuannya hanya berubah sekejap dan kembali kepada cara pemakaian mereka yang biasa. ARTIKEL BERKAITAN: Anak baru kahwin serba salah dengan suami... Ibu suka berkemban, tak pakai coli di rumah! Susah nak tegur sebab dah selesa, terbiasa ARTIKEL BERKAITAN: Tak tergamak sedekah baju seksi, wanita ini gali lubang tanam tepi rumah... Ada yang minta tapi maaf, enggan tanggung dosa! Meluahkan rasa kesal dengan sikap sambil lewa itu, dia kemudian mengambil keputusan untuk tidak pulang ke rumah mentua jika tidak mempunyai urusan penting. "Sayangnya dengar sekejap je, kemudian pakai seksi balik. Isteri aku pun pakai seksi macam adik-adik dia, mungkin didikan parents mereka begitu. "Aku malas balik rumah mentua sebab ni, aku juga berat nak benarkan adik-adik perempuan dia tinggal kat rumah aku. "Memang la tak lama, tapi sepanjang kehadiran mereka, pakaian seksi tu menyeksa mataku," tambahnya lagi. Aku bermadu dengan kakak sepupu aku, aku yang pertama. Suami aku pernah cakap yang isteri kedua dia tidur, memandu, jalan sama macam aku. WARGA MAYA Malah katanya, jika golongan wanita mengetahui bagaimana pandangan mata lelaki, semestinya mereka akan sentiasa berkurung di rumah. Kisahnya itu dikongsikan seorang pelayar TikTok susulan terdapat banyak isu kecurangan membabitkan hubungan antara ipar didedahkan di media sosial. Pada masa sama, masyarakat kini sedang hangat bercerita tentang drama Ipar Adalah Maut, yang digarap dari kisah benar kehidupan. Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya menyalahkan lelaki tersebut dan beranggapan dia mengalami masalah psikologi. Antara reaksi warga maya terhadap perspektif lelaki berkenaan. Tidak kurang juga yang menyatakan perspektif lelaki tersebut adalah tepat seterusnya meminta golongan wanita untuk sentiasa menjaga aurat. "Sekurang-kurangnya dia aware dan cuba mengelak. Ini satu kebenaran yang pahit tapi kena terima. "Ada betulnya, dah 11 tahun kahwin. Adik kepada suami saya dulu kecil, sekarang dah sama tinggi dengan suami, muka pun dah nak sama. Kadang-kadang rasa takut tengok sebab muka dah macam versi suami masa muda, masa saya mula suka dulu. "Aku bermadu dengan kakak sepupu aku, aku yang pertama. Suami aku pernah cakap yang isteri kedua dia tidur, memandu, jalan sama macam aku... jadi inilah maksudnya ya. "Dia kena didik isteri dulu, selalunya adik-adik akan berubah perlahan-lahan selepas tengok kakak. Ini pengalaman sendiri," demikian antara perkongsian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube