suria

“Budak mentah, tak ada adab!” - Wakil syarikat bengang Gen Z ‘lenggang kangkung’ datang temu duga, tak bawa dokumen lengkap

Persiapan awal dapat mengurangkan rasa cemas dan meningkatkan keyakinan diri semasa temuduga. -Gambar hiasan

PERIHAL adab dan tatasusila generasi masa kini sering dibahaskan di media sosial.

Ramai yang meluahkan rasa geram dan menganggap kebanyakan anak muda daripada generasi Z atau Gen Z sebagai biadab terutama sekali ketika berada di khalayak.

Malah ada yang didapati tidak serius walaupun ketika melakukan urusan rasmi.

Di laman Facebook, seorang individu meluahkan perasaan marah selepas bertemu dengan salah seorang calon pekerja yang datang lambat semasa sesi temuduga.

Sikap generasi muda masa kini sering menjadi perhatian masyarakat. -Gambar hiasan

"Budak-budak sekarang kalau minta kerja memang tak ada adab ke?

"Datang temuduga lambat, 'lenggang kangkung' pula," luahnya dalam nada marah.

Bukan itu sahaja, dia turut dikejutkan dengan sikap kurang sopan anak muda terbabit yang tiba-tiba memarahinya apabila diajukan tentang salinan MyKad dan gambar berukuran pasport.

ARTIKEL BERKAITAN: Penemu duga kerja kena ‘sound’, calon ‘sentap’ ditegur cara perkenalkan diri - “Encik tahu ke perangai saya macam mana?”

ARTIKEL BERKAITAN: Lepasan SPM nak minta kerja tapi biadab, ‘menjawab’ disuruh beri resume - “Saya bukan apply HR atau akauntan”

"Apabila minta salinan IC (MyKad) dan gambar, dia boleh sound kita... katanya kenapa tak cakap awal-awal," tambahnya lagi.

Terus menyalahkan calon berkenaan, pelayar media sosial yang enggan mendedahkan identiti ini menyatakan dokumen yang diminta itu adalah perkara biasa ketika temuduga dijalankan.

Malah katanya, anak muda itu seolah-olah tidak mempunyai pengetahuan tentang perihal temuduga.

Syarikat besar pun tak minta gambar, paling kuat salinan IC je... itu pun kalau memang berminat nak ambil dia bekerja.

WARGA MAYA

"Budak mentah, common sense tak payah cakap la, semua syarikat paling 'cikai' minta gambar dengan salinan IC... bukan resume lima enam helai," luahnya lagi.

Hantaran yang dibuat di Halaman Facebook sebuah daerah di Selangor itu mendapat perhatian warga maya.

Bagaimanapun, kebanyakan warga maya mengecamnya kerana tidak memaklumkan terlebih dahulu dokumen yang perlu dibawa semasa proses temuduga.

Kebanyakan warga maya mengkritiknya semula dan menganggapnya tidak profesional dalam bekerja.

Kebanyakan warga maya mengkritiknya semula dan menganggapnya tidak profesional dalam bekerja.

Tidak kurang juga yang menyatakan pihak Jabatan Sumber Manusia syarikat pengadu tidak bertanggungjawab serta cuai ketika melakukan kerja.

"Syarikat besar pun tak minta gambar, paling kuat salinan IC je... itu pun kalau memang berminat nak ambil dia bekerja.

"Syarikat kau tak ada mesin fotostat ke? Kalau dia tak boleh bagi semasa proses temuduga, nanti masa masuk kerja ingatkanlah sekali lagi.

"Kemahiran HR, layan sahaja dengan baik, guna ayat yang baik namun penuh penegasan.

"Masa hubungi panggil temuduga, awak tak minta dia bawa ke? Selama saya ditemuduga, tak pernah lagi HR minta salinan IC melainkan resume dan portfolio je," demikian reaksi warga maya di ruangan komen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain