suria

Anak tak boleh harap, senyap-senyap kebas lebih RM100,000 duit pencen bapa! Silap besar bagi ‘pegang’ kad bank

Anak-anak biasanya akan menguruskan wang pencen ibu bapa mereka. -Gambar hiasan

SELALU kita dengar, adik-beradik boleh berpecah belah dek kerana berebut harta pusaka peninggalan mak ayah.

Namun lain pula ceritanya di Facebook apabila seorang individu mendakwa berlaku pecah amanah dalam kalangan adik-beradiknya sendiri.

Menurut individu itu, wang pencen bapanya lesap apabila kad bank milik warga emas itu dipegang oleh salah seorang ahli keluarganya.

An old man chilling at his balcony as his house at Jalan 9 of Selayang Baru area were put under Enhanced Movement Control Order (EMCO) yesterday. IZZRAFIQ ALIAS / The Star. April 26, 2020.

Kebanyakan warga emas akan menyerahkan urusan perbankan kepada anak-anak mereka. -Gambar hiasan

Dia membuat perkongsian kisah itu untuk bertanyakan pendapat tentang tindakan undang-undang yang boleh diambil.

"Macam mana nak ambil tindakan pada orang yang pecah amanah? Kad bank ayah diberi kepada salah seorang ahli keluarga.

"Tapi habis semua duit pencen dikebas. Anggaran RM125,000," tulisnya menerusi grup Facebook Peguam dan Pengguna Malaysia (PPM).

Kalau dia enggan bayar balik, tuan boleh saman dia di mahkamah kerana pecah amanah.

PEGUAM

Pertanyaan itu menerima pelbagai maklum balas menerusi Facebook.

Antaranya, seorang peguam memberi saranan kepada pengadu untuk membuat tuntutan ke atas individu yang pecah amanah itu.

"Tuan boleh buat dua perkara. Tuan boleh buat laporan polis, biar polis siasat. Ni adalah step untuk kes jenayah. Tuan juga boleh hantar notis tuntutan untuk minta balik RM125,000 itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa hampir pencen rancak buat hutang, tahu-tahu lebih RM800,000! Anak risau tak sempat bayar sebelum meninggal

ARTIKEL BERKAITAN: Rindu tak berbalas... Bapa terjenguk-jenguk dari luar tingkap, panggilan minta buka pintu tidak dijawab! - “Sampainya hati mu anak”

"Kalau dia enggan bayar balik, tuan boleh saman dia di mahkamah kerana pecah amanah. Ni adalah step untuk kes sivil. Tuan boleh hubungi saya untuk nasihat guaman lanjut," komen peguam itu.

Dalam pada itu, seorang lagi individu turut menyarankan agar pengadu mengumpul maklumat seperti rekod pengeluaran wang menggunakan kad bank bapanya sebelum kes itu dibawa ke pengetahuan pihak berkuasa.

"Pecah amanah adalah jenayah mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan. Sepatutnya boleh diambil tindakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Story on Wave credit and debit card. RAYMOND OOI/ The Star

Kerana wang, adik beradik pun boleh bergaduh. -Gambar hiasan

"Tapi sebelum pergi buat laporan, pergi bank dulu. Minta penyata terperinci. Dalam penyata terperinci ni akan ada lokasi dan masa pengeluaran di mesin pengeluaran wang automatik (ATM)

"Senaraikan maklumat transaksi tersebut dalam laporan polis. Pastikan kandungan laporan tersebut padat dan jelas menunjukkan kesalahan jenayah. Draf laporan sebelum ke balai.

"Sampai balai beritahu je dah draf laporan," saran wanita itu pula.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain