suria

Satu tak cukup, 2 hari kemudian datang angkut lagi... Pencuri bonsai kena cekup - “Taste tinggi tapi rembat orang punya”

Pencinta bonsai ini bersyukur dua bonsai yang dicuri berjaya dijejaki pihak polis. -Foto TikTok

POKOK bonsai sememangnya mempunyai peminat tersendiri walaupun rumit untuk menjaganya.

Dalam seni tradisional Jepun, bonsai merujuk kepada pemeliharaan tanaman atau pokok dalam pasu dan memperindahkan lagi bentuk akar, batang, dahan, ranting serta daun.

Struktur bonsai asal dipengaruhi elemen alam terutama sinaran matahari dan tiupan angin membuatkan ia lebih ‘yamaduri’ (asli).

Maka tidak hairanlah penjagaannya juga jauh lebih teliti dan rumit berbanding koleksi tumbuhan lain dengan harga mencecah ribuan ringgit

Pencinta bonsai ini mengambil masa empat tahun untuk menyemai dan membentuk pokok kegemarannya.

Seorang pencinta bonsai mengambil masa empat tahun untuk menyemai dan membentuk pokok kegemarannya.

Pencinta bonsai, dikenali sebagai M.Zaidi, menerusi aplikasi TikTok memuat naik video rakaman CCTV dua pokok bonsainya dicuri oleh dua lelaki memakai topi keledar, dalam kejadian pada awal pagi.

Berdasarkan maklumat rakaman CCTV yang dikongsikan, dua pokok bonsainya dicuri pada dua hari berbeza iaitu 8 November dan 10 November 2024.

Bagaimanapun, tiga hari kemudian, lelaki itu memuat naik satu lagi video memaklumkan dua pokok kesayangannya itu berjaya diperolehi semula..

ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik lega suspek curi pokok viral bernilai RM50,000 ditahan polis, rupa-rupanya jual online!

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki di Delhi habiskan masa dengan 550 pokok bonsai selepas bersara, rajin kongsi tip berguna untuk peminat tanaman ini

“Terima kasih kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kubang Pasu, Kedah, atas kecekapan dan ketangkasan menyelesaikan kes kecurian bonsai,” tulisnya yang memiliki lebih 50 koleksi bonsai pelbagai jenis di laman rumahnya.

Menerusi ruangan komen, lelaki ini turut memberitahu pihak polis berjaya menjejak pencuri dalam tempoh 24 jam selepas dia membuat laporan polis.

Katanya, kedua-dua individu itu ditahan di lokap dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara enam bulan atas kesalahan mencuri pokok.

Bercerita lebih lanjut, dia berkata bonsai yang dicuri adalah spesis ficus benjamina dan bluebell dan bagi mendapatkan hasil dan bentuk seperti mana dapat dilihat dalam video mengambil masa sehingga empat tahun.

Cantiknya bonsai awak, saya pun naik geram tengok.

WARGANET

“Bagi bonsai bersaiz seperti dalam video boleh mencecah ribuan ringgit jika dijual. Alhamdulillah, masih rezeki saya untuk bersama pokok-pokok ini.

“Tahun lalu, satu lagi bonsai bluebell turut dicuri dan gagal dikesan sehingga kini,” ujarnya.

Dia tidak menjelaskan dengan lebih lanjut bagaimana pihak polis berjaya menjejaki dan memberkas individu disyaki mencuri bonsai miliknya dalam masa singkat.

Bagaimanapun, dia diberitahu bahawa pelaku ditahan di Kepala Batas, Pulau Pinang dan memberi alasan mencuri kerana minat pokok jenis ini.

"Budak yang curi tu (dakwa) ambil nak bela, minat bonsai.

"Tapi dia ni level lain macam sikit, taste tinggi tapi rembat orang punya," katanya.

Bonsai adalah pilihan baik untuk mereka yang mahukan tumbuhan kecil, mudah dijaga untuk dijadikan penyeri kediaman. Gambar hiasan

Bonsai mampu menjadi penyeri kediaman. -Gambar hiasan

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warga maya tumpang gembira dan dan menyarankan agar pemiliknya menyimpan pokok itu di tempat lebih selamat serta meningkatkan ciri keselamatan di rumah.

“Jiran saya rantai bonsai dia. Yang kecil sampai dua per tiga pemeluk pasu. Beratus ribu habis untuk bonsai .

“Cantiknya bonsai awak, saya pun naik geram tengok.

“Simen pasu bonsai supaya tak boleh diangat orang.

“Alhamdulillah buat abang sudah berjumpa semula dengan bonsai tersayang.

“Kena tanam sekali dengan penjejak GPS lepas ni mudah untuk dikesan,” antara saranan warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain