PERNIKAHAN adalah satu perkara besar dalam kehidupan dan banyak faktor perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan menerima kehadiran seseorang menjadi pasangan hidup. Namun, setiap orang mempunyai hak untuk memilih pasangan yang baik dan bertanggungjawab. Bagi seorang wanita, dia memilih untuk mengundur diri selepas mendapat tahu lelaki yang dicintainya selama ini adalah seorang 'kaki ketum'. "Sebelum berkahwin dengan suami sekarang, saya ada taaruf (berkenalan) dengan seorang lelaki berstatus duda anak satu. Dia lebih tua lima tahun dan ada pekerjaan yang stabil. "Bagi saya dia ni seorang lelaki baik dan cara dia bercakap nampak matang orangnya. Kalau kami berjumpa pun dia jaga batas. Dia suka hantarkan makanan walaupun saya cakap dah kenyang. Ketagihan ketum adalah masalah serius sering berlaku dalam kalangan lelaki. -Gambar hiasan "Dia sudah bertahun-tahun menduda jadi dia rancang nak kahwin. Dia semua okay bagi saya, sampailah satu hari dia mengaku ada ambil (minum) ketum," ujarnya dalam hantaran di media sosial. Menurut wanita itu, keputusan untuk tidak meneruskan perkahwinan dengan lelaki kaki ketum itu dirasakan langkah wajar bagi menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan diri untuk jangka masa panjang. Walaupun menolak untuk menikahi duda tersebut, wanita ini tetap memuji sikapnya yang jujur serta berani berterus terang untuk melihat penerimaannya mengenai tabiat tersebut. Jelasnya, lelaki tersebut sering minum ketum yang dicampurkan dengan minuman berkarbonat setiap hari, membuatkan dia berasa bimbang. "Dia ada explain (terangkan), dakwa ketum tu ubat, herba dan sebagainya. Kegunaan (ketum) untuk tenaga dan bekerja saja tapi dalam otak saya fikir ketum tu macam dadah sebab ketagihan. ARTIKEL BERKAITAN: Pensyarah IPTA kantoi bawa air ketum, dicekup ketika sekatan jalan raya ARTIKEL BERKAITAN: Isteri rasa diri macam pelacur, suami tak menyempat keluar cari ketum selepas ‘bersama’... Bertahan sebab sayang keluarga mentua "Tak boleh buang fikiran negatif ni sampai saya buat carian di Google, TikTok, Facebook dan sebagainya mengenai ketum. "Maka keluarlah kisah luahan isteri mengenai keperitan ada suami ketagih ketum. Saya buat keputusan 'tidak' untuk langkah seterusnya (berkahwin) walaupun dia ni baik sangat," jelasnya. Jelas wanita itu lagi, dia sedar setiap manusia boleh berubah tetapi dalam situasi dirinya, dia enggan mengambil risiko apatah lagi perkahwinan pertamanya telah gagal. "Lagi pula saya tak ada dengar dia cakap nak berhenti tapi cerita fasal kebaikan ketum tu ada la. Saya risau pada masa akan datang ada kesan terhadap rumah tangga. Tapi sesetengah orang ambil ketum selepas dicampur macam-macam itu yang bahaya. NETIZEN "Sama-sama duda dan janda, tak kan nak gagal dalam rumah tangga lagi kan? Bukannya tak nak terima kekurangan tapi tabiat tu agak susah nak diubah. "Saya faham tak mustahil untuk berhenti tapi lebih baik saya elakkan sebelum menjadi masalah besar di kemudian hari," katanya lagi. Selepas perkongsian wanita ini tular di media sosial, ramai netizen yang bersetuju dengan tindakannya. Bagaimanapun, ada seorang pelayar tampil menceritakan pengalamannya sebelum ini yang pernah minum ketum untuk membantu memulihkan sakit-sakit urat. Komen netizen di media sosial. "Saya sebagai perempuan pernah minum ketum. Ketum tanpa campuran sebenarnya ubat sakit urat. Apabila saya rasa penat badan dan letih saya minum secawan air ketum. "Rasa hilang sakit badan. Kalau yang kerja kuat selalu rebus daun ketum minum tu tak akan jadi ketagih. Tapi sesetengah orang ambil ketum selepas dicampur macam-macam itu yang bahaya," ujar wanita tersebut. Untuk makluman, ketum, atau nama saintifiknya mitragyna speciosa, mempunyai kesan psikoaktif yang boleh mempengaruhi fizikal dan mental pengguna. Pengambilan ketum secara berlebihan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan, termasuk gangguan sistem saraf, ketagihan dan risiko kepada penyakit kronik. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube