suria

Asalnya cuma ‘cina buta’, bujang terlajak syok kahwin enggan cerai isteri! ‘Plan’ rujuk tak jadi, bekas suami nak saman tukang rancang

Rancangan berkahwin 'cina buta' tidak berakhir seperti diharapkan. -Gambar hiasan

NIAT baik seorang sahabat yang membantu rakannya untuk rujuk semula selepas bercerai talak tiga hanya mengundang masalah kepada dirinya sendiri.

Menurut individu itu, bekas suami kepada sahabatnya mahu mengambil tindakan saman gara-gara rancangan yang dibuat dalam usaha mereka untuk rujuk tidak menjadi kenyataan seperti yang diharapkan.

Kisah bermula apabila individu yang tidak mendedahkan identitinya ini mencari seorang lelaki 'cina buta' atau 'pak sanggup' untuk menikahi sahabatnya yang diceraikan dengan talak tiga.

"Sahabat baik saya berumur 35 tahun diceraikan suaminya dengan talak tiga selepas lima tahun berkahwin.

Tidak semua perkahwinan mempunyai pengakhiran yang baik. -Gambar hiasan

"Suaminya panas baran. Tapi tak ada pukul atau mendera. Dera mental saja dengan marah-marah dan maki hamun.

"Setelah bercerai, mereka ingin kembali rujuk tapi tak boleh sebab sudah tiga talak suami dia bagi. Mereka sepakat suruh cari seorang lelaki untuk jadi cina buta," katanya.

Atas permintaan pasangan itu, dia cuba membantu mereka mencari jalan keluar dengan menemukan sahabatnya dengan sepupunya yang merupakan lelaki bujang terlajak.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 27 hari nikah, wanita dicerai talak tiga! Tahu suami angau dengan perempuan lain, tetap jaga makan minum, tempat tidur

ARTIKEL BERKAITAN: Baru dicerai talak 3 selepas 27 hari nikah, kini dituduh scammer pula... Wanita tampil beri penjelasan

Namun, masalah baharu timbul selepas dua minggu mereka berkahwin apabila sepupu yang pada asalnya hanya ingin membantu, enggan menceraikan sahabatnya.

"Saya temukan dengan sepupu saya, bujang terlajak berumur 45 tahun. Ada bisnes sendiri dan mereka setuju berkahwin.

"Sudah dua minggu berkahwin, masalah yang timbul sekarang sepupu saya tidak mahu menceraikan sahabat saya tu.

"Katanya jodoh sudah ada. Kenapa dia harus cerai. Dia sayangkan sahabat saya. Sahabat saya pun sama tak nak bercerai. Mereka sudah bahagia dan pindah ke Johor," jelasnya.

Sahabat saya pun sama tak nak bercerai. Mereka sudah bahagia dan pindah ke Johor.

PENGADU

Lebih memburukkan keadaan sekali gus membuatkan dia bimbang, bekas suami sahabatnya mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang atas alasan melanggar perjanjian.

"Ex suaminya mencari saya dan akan menyaman saya kerana langgar perjanjian.

"Saya khuatir dan takut, mana saya ada duit nak bayar saman, tolong bagi nasihat sikit," katanya.

Perkongsian wanita ini meraih pelbagai pendapat netizen dan rata-rata bersimpati dengan nasibnya selepas membuat luahan di grup Facebook Tanya Penguam.

Malah, seorang peguam, Nizam Amin turut memberikan penjelasan mengenai situasi yang dihadapi individu berkenaan dengan lebih terperinci.

Komen netizen di Facebook.

"Hukum cina buta adalah haram mengikut jumhur ulama (dengan bersyarat cerai). Maka apa-apa perjanjian yang berlandaskan perkara haram adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan.

"Sekiranya dapat saman, lantik peguam. Saya tak rasa mantan suami tu ada duit dan sanggup nak tanggung kos saman menyaman ni.

"Baik dia kahwin baharu. 'Move on' bak kata orang zaman sekarang ni," jelasnya memberikan penerangan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain