suria

Belanja sendiri pun sesak, isteri kerja gomen buat loan demi bayar hutang ah long adik! Suami siap sedia jadi gelandangan

Ada individu yang sanggup menjadi penjamin atau membuat pinjaman untuk melangsaikan hutang ahli keluarga. -Gambar hiasan

BEBANAN hutang yang ditanggung suami atau isteri sememangnya boleh memberi impak terhadap keharmonian rumah tangga.

Bayangkan dalam keadaan pendapatan bulanan yang belum cukup selesa, perlu pula bergelut untuk membayar hutang, pastinya situasi ini akan menimbulkan konflik yang besar.

Dalam satu hantaran di laman sosial, seorang individu berkongsi luahan hati mengenai situasi rumah tangganya yang dilanda masalah kewangan gara-gara isterinya berhutang.

"Hari ni wife buat loan credit RM20,000 untuk bayarkan hutang tiga ah long adik dia.

"RM20,000 mungkin kecil bagi ramai orang, besar tak termimpi bagi aku sebab aku kerja kampung.

"Wife pula kerja government tapi gred rendah. Gaji pun tak sampai RM3,000.

hutang 2

Bebanan hutang menjadi antara faktor perselisihan faham antara suami dan isteri. -Gambar hiasan

"Itu pun tengah bulan selalu tak ada duit makan, aku kena bagi duit makan, tak kisahlah sebab memang tanggungjawab aku walaupun dia ada gaji sendiri," luahnya.

Tambah lelaki berkenaan, dia bagaimanapun lega apabila memikirkan dia dan pasangannya belum dikurniakan zuriat kerana tidak dapat membayangkan bagaimana kehidupan mereka dan anak gara-gara kesempitan wang.

"Untung juga tiada anak, kalau jadi gelandangan pun tak risau apa.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu cinta isteri sampai sanggup pinjam Ah Long tapi bercerai jua! Suami penyayang sedih pengorbanan tak dihargai

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis pinjam 16 ah long nak bayar deposit rumah, merana kena ‘bunga’ RM1,000 sehari!

"Aku niat selagi hutang tu dia belum habis bayar, aku tak kan tidur lagi atas tilam. Persediaan menjadi gelandangan.

"Andai satu hari nanti jadi kenyataan, aku dah selesa tidur atas lantai.

"Nasihat aku, janganlah berhutang dengan ah long, bukan hidup kau seorang je kacau bilau malah ia libatkan keluarga yang sepatutnya tiada kena mengena," luahnya lagi.

Putuskan hubungan dengan keluarga yang ambil ah long. Itu penting dalam survival. Sendiri ambil, sendiri tanggung.

NETIZEN

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan simpati terhadap nasib lelaki berkenaan.

Dalam masa yang sama, mereka menyarankan individu tersebut lebih tegas menasihatkan isterinya agar tidak sewenang-wenangnya menanggung beban hutang individu lain walaupun ahli keluarga.

komen hutang ah long

Antara komen warga maya terhadap perkongsian individu berkenaan.

"Selalu orang hutang ah long ni, bila ada orang tolong selesaikan bayar hutang dia, memang sampai mamp*s tak akan belajar daripada kesilapan sendiri.

"Putuskan hubungan dengan keluarga yang ambil ah long. Itu penting dalam survival. Sendiri ambil, sendiri tanggung. Bukan orang lain bayarkan.

"Tindakan bini kau tu sengal juga. Berhutang denga ah long ialah tindakan paling gila dan akan merosakkan keharmonian keluarga suatu hari nanti," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain