suria

Kecoh cicak dalam tudung jemaah mahu berlepas ke Makkah! Menantu jadi hero, buang rasa takut demi selamatkan mentua

Suraya menceritakan kisah lucu yang berlaku sebelum ibunya berangkat ke Makkah.

"NASIB baik tak ikut ibu sampai Makkah."

Demikian kata seorang anak sambil berkongsi foto yang diambil pada awal Januari lalu, menunjukkan seekor cicak berada di dalam tudung yang dipakai ibunya, Shiela.

Hanya ingin dikenali sebagai Suraya, wanita itu menceritakan semula kisah di sebalik momen melucukan tersebut selepas gambar yang dikongsi mendapat lebih 500,000 tontonan di TikTok.

"Masa tu ibu dan ayah saya nak tunaikan umrah. Kami sekeluarga tak tahu macam mana boleh ada cicak dalam tudung yang ibu pakai.

Suraya (tengah) bersama ibu bapanya.

"Kakak saya yang mula perasan. Dia nampak cicak tu. Mula-mula dia fikir benda tu cuma benang bergumpal dalam tudung yang ibu tengah pakai.

"Tapi bila perhati betul-betul, rupa-rupanya benda tu adalah seekor cicak," ujarnya ketika dihubungi mStar.

Suraya yang berasal dari Klang, Selangor, berkata, ketika itu mereka sekeluarga berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menghantar ibu bapa menunaikan umrah dan foto yang dikongsi itu diambil oleh abang iparnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Senang hati dapat tangkap cicak di rumah... Ini cara jimat buat perangkap sendiri, dijamin anti gagal!

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa bangkai cicak celah pintu, pagar pula berkarat... Tuan rumah tak puas hati, enggan pulangkan deposit sewa

Menurut Suraya, sebaik sahaja menyedari kehadiran haiwan itu, suasana bertukar panik memandangkan semua ahli keluarga takut dan geli dengan reptilia berkenaan.

Bagaimanapun, abang ipar Suraya terpaksa memberanikan diri mengeluarkan cicak tersebut yang kelihatan tidak mahu berganjak dari kepala ibunya.

"Abang ipar saya yang tarik keluar cicak tu. Masa tu ibu sudah geli dan tak boleh duduk diam. Paling lawak, masa tu semua geli dengan cicak.

"Tapi abang ipar terpaksa akur la keluarkan cicak sebab ibu dah nak menangis dah. Dia seluk tangan dalam tudung ibu. Kemudian, terus tolak keluar.

Ibu okay je lepas kejadian. Mujur la tak jadi trauma sampai sekarang.

SURAYA

ANAK

"Cicak tu masih hidup lagi ya. Lepas keluarkan dari dalam tudung ibu, terus cicak tu lari tinggalkan ekornya," katanya lagi.

Jelas Suraya, dia terpanggil untuk berkongsi momen tersebut pada Isnin, selepas melihat tular di TikTok seekor cicak masuk ke dalam tudung seorang pengantin.

Dalam pada itu, dia turut menitipkan pesanan kepada orang ramai yang membaca kisah dikongsikan ini supaya mendoakan ibunya segera diberi kesembuhan daripada penyakit.

Suraya meminta orang ramai mendoakan agar ibunya diberi kesembuhan segera.

"Nasib baik tak sempat ikut naik flight, risau makin huru hara dekat atas kapal terbang nanti.

"Ibu okay je lepas kejadian. Mujur la tak jadi trauma sampai sekarang. Tapi lepas sebulan balik dari tunaikan ibadah umrah, ibu kena kanser payudara.

"Di kesempatan ini, saya nak minta orang ramai yang membaca kisah mencuit hati ibu ni untuk luang sedikit masa untuk doakan ibu saya segera bebas kanser," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain