PENYEDIAAN ruangan khas di dalam pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), komuter dan sebagainya adalah bertujuan untuk kemudahan golongan tertentu seperti wanita, warga emas serta orang kelainan upaya (OKU). Namun pengkhususan itu sering kali tidak diendahkan segelintir pihak hingga menyusahkan pengguna yang memerlukan. Di media sosial, seorang lelaki dikecam kerana tanpa rasa bersalah menceritakan dia menghalau wanita hamil yang sedang mencari tempat duduk. Koc wanita ditandakan dengan warna merah jambu. - Gambar hiasan "Aku pernah ditegur dengan seorang perempuan ni dalam MRT, dia tanya boleh bagi tempat duduk atau tak sebab mengandung. "Aku sound... kau pergi la duduk kat koc wanita sana. Apa hal aku nak bagi kau duduk pula. Terus terdiam perempuan tu," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Individu saran hapuskan koc ‘pink’, suruh tiru Qatar hanya wujud ruang keluarga dan lelaki - “Wanita sahaja ni idea benak” ARTIKEL BERKAITAN: Ramai buat tak nampak koc pink! Mujur ada abang rider, berani hambat lelaki keluar ruang khas wanita Lebih mengundang amarah orang ramai, apabila dia turut mempersendakan wanita mengandung berkenaan. "Aku hanya bagi tempat duduk jika dia OKU atau orang tua. (Tapi sebab) kau mengandung, minta maaf. Kau yang gatal nak bunting... lepas tu nak simpati orang pula," katanya. Dekat mana-mana koc pun memang ada kerusi keutamaan untuk wanita mengandung, OKU atau orang tua. NETIZEN Perkongsian berkenaan nyata mengundang kecaman ramai dengan warga maya berpandangan lelaki tersebut tidak berhati perut dan kejam. Akibat tidak tahan dengan kecaman dia dipercayai memadam hantaran berkenaan. Namun, nasi sudah menjadi bubur kerana hantaran itu sempat ditangkap layar oleh netizen yang kemudian berkongsi semula di media sosial. Kenyataan seorang lelaki yang menghalau wanita hamil dan reaksi warga maya. "Aku syak kau ni buta. Tu yang sampai disuruhnya ibu mengandung pi koc wanita. Sejenis buta yang bodoh. "Dekat mana-mana koc pun memang ada kerusi keutamaan untuk wanita mengandung, OKU, orang tua dan yang mempunyai kanak-kanak. "Bahaya dapat lelaki begini. Nanti kalau bini dia mengandung kemudian merungut penat buat kerja rumah dia balas orang lain pun mengandung, boleh je buat kerja rumah. Kau yang gatal nak bunting, hadap je la," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube