suria

GF tumpang letak kereta di rumah, pemuda dicop kedekut oleh housemate sebab tak pelawa guna... Sanggup biar tersadai di parkir

Pelbagai ragam dan gelagat penyewa yang tinggal di bawah satu bumbung. -Gambar hiasan

WALAUPUN tinggal sebumbung, ada bermacam-macam ragam dan perangai rakan serumah.

Bagi yang menyewa, kalau dapat rakan yang 'sekepala' dan saling memahami pun satu rezeki.

Namun malang bagi seorang pemuda apabila salah seorang rakan serumahnya dikatakan bersikap kedekut.

Berkongsi cerita, katanya, segala-galanya bermula daripada sebuah kereta yang diletakkan rakannya itu di rumah sewa mereka.

Wanita berkerjaya menjana pendapatan tinggi dan memiliki kereta sendiri. -Gambar hiasan

"Awek dia tinggalkan keretanya dekat dia, tapi dia tak pernah naik. Boleh kata hampir dua bulan.

"Sepanjang tinggal serumah, ada je dia tumpang sekali kereta housemate lain sebab kami tak kisah pun, dan tak minta pun duit minyak daripada kawan-kawan," katanya menerusi satu luahan di laman X.

Bercerita lanjut katanya, kebetulan ada satu bulan semua rakan serumah tidak mempunyai kereta untuk digunakan kecuali kenderaan milik kekasih lelaki itu yang diletakkan di rumah tanpa digunakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bisnes maju, kereta banyak tapi duduk rumah sewa... Lelaki ini bahagia bayar RM210 sebulan sejak 14 tahun lalu

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta mewah dilelong, owner bukan sengkek! Memang tunggu bank tarik, bila-bila masa boleh bayar loan tertunggak

"Masa tu tengah fikir juga ingat housemate nak pelawa pandu 'kereta awek dia'. Tapi kawan tu beri alasan yang itu bukan kereta dia, jadi tak nak drive.

"Akhirnya semua terpaksa naik motosikal masing-masing," ujarnya lagi.

Lebih menyakitkan hati katanya, rakan serumah berkenaan mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM5,000.

Dah memang bukan kereta dia. Dia naik pun tak, lagi nak offer orang naik.

WARGA MAYA

Malangnya, dia sukar untuk membeli barang dapur atau kegunaan bersama di rumah, apatah lagi berbelanja untuk rakan-rakan yang lain.

"Belanja bulan-bulan pun kedekut. Kalau korang berada di situasi aku macam mana? Rasa nak mengungkit pun ada masa tak pelawa transport tu," luahnya lagi.

Banyak simpanan yang dibuat kerana jimat berbelanja. -Gambar hiasan

Niat awalnya yang mahu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap rakan serumah yang didakwa kedekut bagaimanapun makan diri apabila pemuda itu menerima kecaman hebat daripada warga maya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata mereka berhujah tidak wajar isu kereta kekasih rakan serumahnya dibangkitkan kerana perlu menghormati hak milik orang lain.

"Kasihan ada mentaliti housemate macam kau ni dik. Benda bukan hak kau jangan nak persoalkan.

"Masing-masing pun ada kenderaan sendiri kan. Berhentilah rasa diri entitle dengan hak orang-orang lain. Ni mesti bila ada saudara mati, harta dia kau nak, waris dia kau biar je kan?

"Itu bukan harta dia, betullah tu. Kalau aku dapat tahu orang guna barang aku pun aku naik angin. Gaji RM5,000 tapi cara belanja kedekut tu terpulanglah kat dia. Komitmen dia banyak siapa tahu? Nak kumpul duit kahwin ke siapa tahu?

"Dah memang bukan kereta dia. Dia naik pun tak, lagi nak offer orang naik. Gaji RM5,000 tapi kedekut? Kedekut ke jimat? Lain orang lain komitmen dia. Mana tahu dia simpan duit nak kahwin ke apa ke. Biarlah dia, duit dia," demikian antara komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain