suria

“Suami ketawa sambil rakam” - Wanita panik anak terberak dalam butik mewah, berpeluh-peluh cuci najis atas lantai

Kisah bayi yang berak dalam butik mewah tular di aplikasi TikTok.

SEORANG wanita tular di media sosial selepas dia berkongsi kisah anak lelakinya yang membuang air besar di dalam sebuah butik pakaian dan aksesori mewah.

Menerusi perkongsian di TikTok, wanita itu berkata ia berlaku ketika di sekeluarga berada di butik Yves Saint Laurent (YSL) di Marina Bay Sands, Singapura.

"Anak lelaki saya berak dalam butik YSL Singapura. Saya panik, suami pula ketawa sambil rakam gambar... sangat membantu.

berak 2

Wanita berkenaan membuat keputusan untuk membeli sepatu selepas berlakunya kejadian itu.

"Apabila saya pusing sekejap, saya tengok dia dah turunkan diaper. Saya terus panik. Dia berusia setahun tiga bulan," katanya mengimbas apa yang berlaku.

Selain itu tambah wanita berkenaan, atas dasar serba salah dengan apa yang terjadi, dia akhirnya terpaksa membelanjakan sejumlah wang di butik tersebut.

"Jadi saya beli sesuatu untuk elak kena banned. Mereka tiada saiz untuk saya di butik itu, jadi mereka terpaksa buat penghantaran ke hotel.

Saya habiskan satu paket, lebih kurang 100 helai baby wipes... saya juga sembur pewangi.

IBU

"Jika tidak kerana anak, saya takkan beli," tulis wanita itu menerusi perkongsian yang hingga kini meraih lebih 1.2 juta tontonan.

Menjawab soalan netizen, wanita itu berkata dia mengambil inisiatif untuk membersihkan sendiri kekotoran yang dibuat anaknya.

"Apabila insan kesayangan saya tinggalkan najis dalam YSL Marina Bay Singapura, saya berpeluh.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi baru lahir terus disuap makanan, ibu jamu bubur pisang... Ramai bimbang kesihatan anak masih dalam bedung terancam!

ARTIKEL BERKAITAN: Pasang telinga dengar jiran menggila maki hamun anak umur 5 tahun, berair mata tahu puncanya sebab berak dalam seluar

"Kepada semua yang bertanya, ya saya bersihkan segalanya. Sebab itu saya sentiasa bawa portable trash bag, tisu basah, sanitary spray and alcohol. Saya pastikan semuanya bersih sebelum kami tinggalkan kedai itu.

"Boleh tengok dalam gambar berapa banyak wipes saya guna. Saya habiskan satu paket, lebih kurang 100 helai baby wipes. Saya juga sembur pewangi," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, wanita tersebut menafikan dakwaan dia menggunakan anak untuk meraih populariti, sebaliknya sekadar mahu berkongsi detik lucu yang berlaku kepadanya.

berak 3

Si ibu nafi guna anak untuk meraih publisiti di media sosial.

"Saya juga mula merakam banyak detik comel bersamanya. Dunia ini percuma untuk kita kongsi kegembiraan, keseronokan dan kesedihan. Bukan mudah bergelar ibu, apatah lagi ketika membawa anak tanpa pembantu.

"Dan saya tak guna anak saya untuk likes. Saya baru saja mula buat perkongsian di aplikasi TikTok. Saya bukan influencer. Saya cuma nak berkongsi pengalaman lucu ini," ujarnya lagi.

Kisah wanita itu bukan sahaja tular dalam kalangan netizen Singapura, malah turut meraih perhatian pengguna media sosial dari Malaysia dan Filipina.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain