suria

Tak sempat jamah laksa gandum... Peniaga rasa serba salah, wanita hidap kanser meninggal bersama anak dalam kandungan

Peniaga itu menyesal kerana tidak sempat menunaikan permintaan akhir arwah.

MINTA maaf tak dapat tunaikan permintaan terakhir.

Begitulah luahan seorang peniaga laksa, Rafidah Zakaria yang menzahirkan rasa kesal apabila gagal memenuhi hasrat terakhir seorang wanita.

Dalam perkongsian pada 16 November, Rafidah berkata dia dihubungi adik ipar arwah yang mahu membeli laksa gandum yang dijualnya.

laksa 21

Peniaga laksa itu berkongsi kisah berkenaan menerusi Facebook.

"Hari ini serba salah. Kisahnya lepas hantar laksa yang orang tempah, saya dapat panggilan daripada seorang pelanggan.

"Dia nak beli laksa gandum, kakak ipar dia tengah mengidam, sakit nak beranak. Saya kata Jumaat tak buka, kebetulan tiada yang ekstra. Rasa ralat dah masa tu.

"Dan pagi ini dapat panggilan, dia kata kakak ipar yang nak makan laksa tu dah tiada. Allahuakhbar. Memang terkedu rasanya. Tak tahu nak kata macam mana," tulis Rafidah di media sosial

Minta maaf sangat-sangat tak dapat tunaikan permintaan akhir arwah.

RAFIDAH ZAKARIA

PENIAGA LAKSA

Menurut Rafidah, dia dimaklumkan bayi dalam kandungan Allahyarham juga gagal diselamatkan.

Lebih memilukan, dia dimaklumkan Allahyarham menghidap kanser payudara dan hamil anak pertama selepas enam tahun mencuba.

"Tak sangka, nak lahirkan bayi, doktor cakap kanser payudara dia dah tahap empat. Dia tak mampu nak teran. Jadi anak lemas dan dia habis umur," tulis adik ipar Allahyarham menerusi kiriman WhatsApp kepada Rafidah.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda buat main kematian ibu, jadikan alasan tak masuk kerja... ‘Kantoi busuk’ hantar sijil kematian palsu daripada Google!

ARTIKEL BERKAITAN: Jarak rumah 20 minit tapi tak ziarah pakcik meninggal... Wanita teruk disindir dalam grup WhatsApp keluarga, seminggu tak habis

Dalam hantaran sama, Rafidah turut menitipkan ucapan takziah kepada keluarga arwah.

"Salam takziah kepada ahli keluarga arwah. Minta maaf sangat-sangat tak dapat tunaikan permintaan akhir," tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa sayu membaca kisah yang dikongsi peniaga itu.

"Ya Allah, sedihnya. Memang ralat rasa. Tapi nak buat macam mana. Dah takdir begitu. Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

laksa 6

Kiriman WhatsApp adik ipar arwah.

"Allahu, sedihnya baca. Berair mata kita baca. Semoga Allah tempatkan arwah dalam kalangan orang beriman.

"Sedihnya. Lagi sedih apabila tahu bayi pun meninggal," tulis netizen.

Seorang pengguna Facebook turut memberi cadangan kepada Rafidah untuk bersedekah kepada keluarga Allahyarham.

"Mungkin sis boleh niat sedekah atas arwah. Sedekah laksa sikit untuk keluarga arwah. Kurang-kurang rasa serba salah tu dah dibayar," tulis netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain