suria

Terlalu rindu, anak nombor 2 ajak bapa ziarah pusara ibu... Rupanya arwah datang dalam mimpi, senyum apabila dipanggil

Video kanak-kanak itu di sisi pusara ibunya tular di aplikasi TikTok.

BERDEPAN kematian ibu merupakan perkara yang paling menyedihkan bagi setiap anak.

Di TikTok, tular video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang sedang duduk berdoa di sisi pusara arwah ibunya.

Menurut pemilik TikTok Ahmad Yusri, arwah isterinya hadir dalam mimpi anak lelakinya itu sehari sebelum mereka berdua menziarahi pusara berkenaan.

pic 1

Foto kenangan Ahmad Yusri bersama arwah isterinya.

"Abah cuti hari ni... abah pergi ambil abang ngah di sekolah. Lepas tu abang ngah ajak abah pergi dekat arwah ibu sekejap. Abang kata rindu kat ibu.

"Dia cakap semalam dia mimpi arwah ibu, dalam mimpi tu dia panggil ibu, ibu senyum je dekat dia. Lepas tu ibu keluar rumah, dia terus terjaga," tulis Ahmad Yusri.

Menurut Ahmad Yusri, arwah isterinya meninggal dunia kerana jangkitan kuman dalam darah selepas 35 hari ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital.

Abang ngah dapat juga mimpi arwah ibu... abah ni sekali pun tak pernah lagi.

AHMAD YUSRI

Menurut Ahmad Yusri lagi, isterinya meninggal dunia kira-kira dua tahun lalu, malah anak bongsunya kini juga sudah berusia tiga tahun.

Dalam hantaran sama, Yusri berkata anak keduanya cukup rapat dengan arwah isterinya.

Malah katanya, anaknya itu turut berdepan kemurungan selepas kehilangan ibu.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak pergi kubur minta arwah ibu hadiah pelukan, akhirnya terpaksa peluk diri sendiri - “Susah hidup tak ada mama”

ARTIKEL BERKAITAN: Anak menangis di kubur ibu... Dulu minta jangan tanya soal jodoh, selepas bertunang arwah hadir dalam mimpi

"Anak nombor dua memang manja sangat-sangat. Sebelum ni, abang ngah jadi anak bongsu tujuh tahun sebelum dapat adik Habib. Memang dia manja dengan arwah ibu.

"Sampai umur abang ngah tujuh tahun pun arwah ibu panggil 'adik' lagi dekat dia. Sebab tu masa ibu meninggal, abang ngah terkesan paling teruk.

"Abang ngah sampai kemurungan masa tu. Sekarang abang ngah dah okey. Umur abang ngah dah sembilan tahun. Abang ngah dapat juga mimpi arwah ibu... abah ni sekali pun tak pernah lagi," tulis Ahmad Yusri.

pic 3

Antara video yang dikongsi Ahmad Yusri menerusi TikTok.

Hingga kini perkongsian video itu menerima lebih 150,000 tontonan di aplikasi TikTok dan turut dihujani komen netizen yang rata-ratanya sedih melihat nasib kanak-kanak itu.

"Ibu adalah cinta pertama setiap anak lelaki. Semoga adik tabah teruskan hidup menjadi anak yang soleh.

"Tersentuhnya hatiku. Moga adik kuat. Mak adik dah bahagia dekat syurga.

"Ya Allah, aku yang ibu ni pun menangis," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan