ORANG lain yang mencetuskan masalah, pihak yang tiada kena-mengena pula terpaksa menanggung akibatnya. Demikianlah situasi yang sedang dilalui sepasang suami isteri ini gara-gara penyewa lama lari daripada tanggungjawab sehingga meletakkan nyawa mereka dalam bahaya. Menurut individu yang tidak mendedahkan identiti itu, dia dan suaminya mula berdepan dengan masalah ketika mereka belum pun seminggu menyewa rumah berkenaan. "Tuan rumah okay, baik, tak ada masalah. Yang bawa masalah sekarang, penyewa lama sebelum kami ni... memang bermasalah sangat. "Masa mula-mula kami masuk rumah tu, sekali pandang okay je rumah tu. Tapi apabila dah duduk tiga hari, paip sinki tersumbat. Ramai yang terjerat dengan pinjaman yang ditawarkan ah long. -Gambar hiasan "Beritahu tuan rumah, tuan rumah tanya penyewa (lama)... dia kata bukan dia yang buat sampai paip sinki tu tersumbat. Mustahil la sebab kami pun baru je duduk tiga hari masa tu," tulisnya. Bagaimanapun tambahnya, masalah tersebut akhirnya selesai apabila tuan rumah mengambil tanggungjawab membaiki kerosakan berkenaan. Tambah wanita, masalah yang dihadapinya dan suami memasuki episod baru malah kali ini lebih besar kerana membabitkan soal keselamatan. ARTIKEL BERKAITAN: Bisnes teruk, penyewa biar bil tertunggak! Anggap ‘owner’ kejam sebab tak bagi muka... Kunci meter air, panggil TNB cabut fius ARTIKEL BERKAITAN: Seorang penyewa sudah cukup buat ‘owner’ pening! Liat bayar sewa, rumah sempurna berubah ‘tongkang pecah’ "Satu hal pula lagi, banyak sangat surat penyewa lama ni sampai dekat rumah. "Masalahnya surat tu semua surat merah. Surat hutang-hutang dia yang tak bayar dah berbulan, siap ada amaran lagi dekat surat tu. "Antaranya hutang motor, hutang pinjaman peribadi... semua dah berbulan-bulan tertunggak," kongsinya sambil menambah, dia dan suami kini sudah enam bulan menyewa di rumah berkenaan. Buat report dan tulis notis nama penyewa lama dah tak tinggal sini beserta report. Maybe cara tu berkesan. NETIZEN Apa yang menjadi masalah, perkara berkenaan sudah diadukan kepada tuan rumah namun ia menemui jalan buntu memandangkan penyewa lama didakwa 'ghaib' tanpa dapat dikesan. "Saya cuma risau keselamatan je. Baru-baru ni kawasan tempat tinggal saya ni dah ada kes... disebabkan penyewa lama berhutang, penyewa baru yang tanggung risiko. Rumah kena simbah cat, habis kena motor dan kereta dia. "Saya dan suami bekerja. Suami selalu balik kerja lewat malam, dia pun risau saya sendirian dekat rumah sampai dia nak hantar saya dekat rumah mak mentua. "Saya takut sebab penyewa lama ni banyak sangat berhutang. Apa tindakan yang kami kena buat ya?" luahnya meminta pandangan warga maya. Antara komen netizen terhadap perkongsian individu berkenaan. Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen mencadangkan supaya pasangan berkenaan mengambil tindakan dengan segera berpindah untuk mengelakkan perkara tidak diingin menimpa. "Better cari rumah lain je kalau masih ada modal. Elok-elok anxiety masih dalam paras normal, nanti tak pasal-pasal jadi teruk pakej depression pula. "Buat report dan tulis notis nama penyewa lama dah tak tinggal sini beserta report. Maybe cara tu berkesan. "Gantung banner dekat pagar tulis 'Kami penyewa baru. Penyewa lama, nama sekian-sekian sudah tak menyewa sini'. Buat dua versi, Bahasa Melayu dan Inggeris," demikian komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube