suria

Kaum Hawa disaran hati-hati nikah duda bercerai hidup, siasat sejarah perkahwinan! Tiada wanita nak menjanda jika dapat suami baik

Wanita yang ingin berkahwin dengan duda disaran menyemak sejarah perkahwinan bakal suami. -Gambar hiasan

CINTA itu buta!

Di saat kebanyakan gadis mengimpikan bertemu jodoh dengan lelaki idaman, mungkin berlaku sebaliknya.

Bagi mereka yang bujang, sudah pasti teruna jadi pilihan namun tak siapa dapat menghalang jika ditakdirkan berjodoh dengan duda atau bekas suami orang.

Mungkin tiada banyak masalah jika lelaki itu duda tanpa anak, tetapi situasi tentu berbeza jika dia mempunyai cahaya mata.

Seorang wanita berkongsi beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh kaum Hawa seandainya berhasrat berkahwin dengan duda.

Setiap pasangan yang berkahwin inginkan kebahagian. - Gambar hiasan

Setiap pasangan yang berkahwin inginkan kebahagian. - Gambar hiasan

Menerusi perkongsiannya di Facebook, saranan disampaikan bertujuan memastikan mereka mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang tepat dan tidak mengecewakan di kemudian hari.

"Nak kahwin dengan duda yang bercerai hidup dengan bekas isteri pastikan ambil tahu sejarah penceraian. Mungkin dia culas perkara nafkah, panas baran, suka pukul isteri, curang dan kuat menipu isteri.

"Segelintir duda yang bercerai hidup ni dia lebih cenderung memburukkan bekas isteri, awak pun percaya bulat-bulat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Derita kahwin duda, wanita sedih suami terbuai memori dengan arwah isteri... Layanan atas katil pun dibandingkan!

ARTIKEL BERKAITAN: Janda berharta kahwin duda... Tak sangka suami rupanya biawak hidup, suka pukul anak! Susah nak tinggal sebab sayang

Wanita itu juga menyarankan kaum Hawa yang ingin berkahwin dengan duda supaya berfikir sejenak bahawa tiada perempuan di dunia ini ingin menjadi janda jika suaminya seorang individu yang baik.

"Ambil tahu berapa bilangan anak dan bagaimana dia menafkahi tanggungan sebelum ini. Jika nafkah anak diabaikan macam mana dia nafkahi anakmu kelak?" soal wanita itu sebagai peringatan.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya, dengan ada yang menyokong pendapatnya dan ada juga berpandangan sikap isteri juga boleh menjadi punca penceraian.

Reaksi warga maya

Reaksi warga maya

"Bukan semua penceraian berpunca daripada pihak lelaki. Dunia akhir zaman pihak perempuan ramai selingkuh alasan faktor ekonomi tetapi ada orang ketiga.

"Pergi ja mahkamah syariah sesi pagi, dengar apa yag diceritakan ngeri bila tengok alasan cerai ni. Isteri ada skandal dengan bekas kekasih sekolah la, skandal dengan kawan pejabat la.

Kenyataan berat sebelah, banyak juga kes cerai berpunca dari isteri tetapi tak kecoh.

NETIZEN

"Tetapi di pages Facebook tertentu digambarkan wanita begitu suci. Lelaki memang ada yang buat hal tapi harus diingat tak kan menjadi skandal jika perempuan tu tak melayan.

"Kenyataan berat sebelah, banyak juga kes cerai berpunca dari isteri tetapi tak kecoh. Tiba-tiba suruh check kenapa dia jadi duda, yang jadi janda tu tak perlu cek jugakah" demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain