suria

Wanita ‘alergi’ lelaki Melayu, bersumpah tak mahu kahwin jejaka tempatan... Mahu kejar cinta Pak Arab, impi hidup bahagia walau beza budaya

Isu bangsa tidak seharusnya dijadikan ukuran kebahagian perkahwinan. -Gambar hiasan

BERBICARA berkaitan mencari jodoh, golongan wanita biasanya lebih teliti malah meletakkan senarai panjang mengenai kriteria bakal suami.

Ada dalam kalangan wanita yang tidak kisah mengenai rupa serta luaran seseorang lelaki itu asalkan mempunyai hati yang baik, jujur dan ikhlas.

Namun seorang wanita mencuri perhatian di media sosial apabila dia dengan lantang menolak untuk dijodohkan dengan lelaki Melayu.

Campur tangan keluarga boleh menyebabkan sesebuah perkahwinan berakhir dengan penceraian. -Gambar hiasan

Campur tangan keluarga boleh menyebabkan sesebuah perkahwinan berakhir dengan penceraian. -Gambar hiasan

"Kawan perempuan ada bertanya kenapa saya tak nak kahwin dengan lelaki Melayu? Saya memang takkan kahwin dengan mana-mana lelaki Melayu terutamanya orang Malaysia.

"Saya minta maaf, sumpah saya memang tak boleh kahwin dengan lelaki Melayu," katanya menerusi perkongsian di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dah muak dengan lelaki Melayu” - Instafamous mengaku tak suka ‘first date’ di kedai mamak, Mat Salih lebih faham perempuan

ARTIKEL BERKAITAN: Inspektor Sheila dapat gred B Tasawwur Islam, belajar sunah dan al-Quran... Terbuka terima lelaki Melayu

Wanita itu menambah, dia begitu 'alergi' dengan jejaka Melayu kerana melihat beberapa rakan-rakannya gagal dalam perkahwinan dengan orang tempatan.

"Jodoh kena pilih, jadi pilihlah. Jangan salah pilih bakal suami, nanti anda yang menyesal. Dalam kalangan rakan-rakan, beberapa orang daripada mereka berkahwin dengan lelaki Melayu dan mereka menderita.

"Jadi mereka bercerai, kemudian perkahwinan kedua mereka dengan lelaki Arab dan mereka hidup bahagia," terang wanita berkenaan.

Tidak kira mana-mana bangsa semua sama, Arab atau mat saleh sama je... yang membezakan adalah budaya.

NETIZEN

Hujahnya lagi, sikap sebahagian ahli keluarga mentua yang suka mencampuri urusan anak menantu juga menyebabkan dia enggan mengahwini lelaki Melayu.

"Dalam komuniti Melayu, kes remeh pun keluarga suka masuk campur, lain la jika ada kes pukul," katanya.

Perkongsian itu nyata mendapat reaksi kurang senang terutama dalam kalangan lelaki yang tidak bersetuju dengan pendapat wanita berkenaan.

Tegas mereka tidak semua lelaki sama dan hakikatnya tiada jaminan bangsa lain boleh menjadi pasangan yang begitu sempurna.

"Sedih mendengarnya, bagi pihak lelaki Melayu yang buat anda dan rakan-rakan anda nampak semua lelaki Melayu bermasalah, kami memohon maaf.

"Tidak kira mana-mana bangsa semua sama, Arab atau mat saleh semua sama, yang membezakan adalah budaya. Saya ada rakan dalam kalangan Arab, ada juga yang red flag.

Reaksi warga maya

Reaksi warga maya.

"Saya ada beberapa rakan kahwin dengan lelaki Arab tetapi tidak bahagia pun. Kebiasaannya perkahwinan mereka diatur tetapi jika pilihan sendiri, siap sedia la jadi menantu yang dibenci.

"Bukan semua ibu lelaki Arab macam tu, begitu juga bukan semua lelaki Melayu adalah teruk.

"Hal macam ni tak perlu kongsi, pergi je cari lelaki bangsa apa pun dan tiada sesiapa pun akan marah. Simpan untuk diri sendiri je, nanti kalau orang lelaki komen jujur, marah pula," kata netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain