suria

Wanita ekori lelaki keluar masuk kedai, simpati tak mampu beli barang masak... Paling terkesan minta kebenaran nak beli sebiji bawang

Ramai yang kurang berkemampuan membeli barang keperluan harian. -Gambar hiasan

RAKYAT Malaysia terkenal dengan sikap suka bantu-membantu antara satu sama lain.

Lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan situasi meruntun hati seperti yang dialami wanita ini ketika membeli barang keperluan dapur.

Berkongsi cerita di media sosial, pemilik akaun Yanatisdale berkata, dia bertemu dengan seorang lelaki yang sedang menggenggam beberapa keping wang tunai RM1 semasa ingin membeli garam.

Segelintir individu terpaksa berkira-kira sebelum membeli barang keperluan.

Segelintir individu terpaksa berkira-kira sebelum membeli barang keperluan.

"Duit yang dipegang kurang daripada RM10 dan mungkin sekitar RM7 je, masa tu dia tengah tengok saya sambil kira duit.

"Kemudian dia tengok sardin pula dan kira duit sambil cakap perlahan-lahan... ni RM3.90, ni RM4.20. Tapi dia letak balik barang-barang tu dan keluar kedai," ujarnya menceritakan situasi yang berlaku.

Menurut wanita ini, berdasarkan pemerhatian dan cara pemakaian, lelaki terbabit kelihatan seperti orang susah.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rimas orang susah malas kerja, suka minta bantuan! Sekali dibantu merayu mahu lagi - “Jahat ke aku?”

ARTIKEL BERKAITAN: Individu pemurah diminta fikir semula niat bantu saudara susah! Rumah ‘fully furnished’ nak bagi duduk percuma, serba salah mahu buat perjanjian

Dek kerana perasaan bimbang dan kasihan, dia terus memerhatikan langkah lelaki itu yang kemudiannya memasuki pasar mini berhampiran.

Tanpa berlengah, dia turut masuk ke pasar mini berkenaan dan mengambil setiap barang yang pernah dipegang lelaki itu.

"Abang ni buat benda sama juga, dia tengah pegang mi segera sambil tengok harga sardin tapi dia letak balik semuanya. Aku terdengar dia tanya orang kedai sama ada boleh beli sebiji bawang atau tidak.

Dia letak balik barang-barang tu dan keluar kedai.

YANATISDALE

"Aku terus cepat-cepat ambil roti, kaya, mi segera, sardin dan beberapa jenis barangan lagi... bayarkan dan bagi pada dia.

"Muka dia macam gembira sangat dan dia tanya aku memang taknak ke barang-barang tu. Aku terus cakap yang memang nak bagi dan minta dia doakan aku je," ujarnya.

Tambah wanita ini, perkara yang lebih meruntun hati adalah lelaki terbabit menceritakan yang dia tinggal bersama ibunya di rumah.

Warga maya memujinya kerana prihatin dengan orang sekeliling.

Warga maya memujinya kerana prihatin dengan orang sekeliling.

Dalam pada itu, Yanatisdale memaklumkan bahawa perkongsiannya itu bukanlah untuk menguar-uarkan tentang bantuan yang dihulurkan sebaliknya sebagai peringatan supaya cuba membantu mengikut kemampuan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji sikap prihatinnya dan mendoakannya sentiasa dimurahkan rezeki atas pertolongan yang dihulurkan.

"Alhamdulillah rezeki awak, Allah bagi ujian kat sis.

"Semoga rezeki akak diperluaskan lagi dan dipermudahkan segala urusan akak.

"Kalau orang minta makan saya akan bagi sebab tahu dia memang betul-betul susah serta buang malu demi nak makan," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain