suria

Kecil-kecil dah pandai tampar kawan, bapa sedar anak tiru tindakannya! Menyesal guna 'hukuman' cubit, pukul di rumah

Kanak-kanak mudah mengikuti setiap tindakan yang berlaku di sekelilingnya. -Gambar hiasan

TAWAKAL dan berserah. Itulah perasaan setiap ibu bapa apabila menghantar anak-anak mereka ke sekolah setiap hari.

Namun, satu 'insiden' yang berlaku di sekolah mengejutkan seorang bapa, Daniel Rosman, sekali gus mendedahkan tentang tingkah laku anaknya.

Dalam satu perkongsian di media sosial, lelaki itu menceritakan semula mengenai anaknya yang melakukan kekerasan terhadap orang lain.

Kekerasan fizikal terhadap anak boleh memberikan kesan negatif. -Gambar hiasan

"Allahuakbar... dapat berita daripada pengasuh anak saya. Dia beritahu yang anak saya tampar anak orang. Ini pertama kali dia buat," katanya memulakan cerita.

Daniel berkata, anaknya yang berusia empat tahun itu sememangnya agak degil dan sukar mendengar kata sejak kebelakangan ini.

Sebagai seorang bapa, dia mengakui pernah menggunakan hukuman fizikal seperti mencubit dan memukul sebagai cara mendisiplinkan anak.

Ternyata tindakan berkenaan telah menyebabkan anaknya ini meniru perbuatan tersebut dengan kawan-kawan di sekolahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tak sangka perbualan terakhir, terngiang-ngiang suara anak call sebelum nahas ragut 4 nyawa

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki belasah anak saudara berusia 10 tahun, mahu beri pengajaran kerana curi wang nenek

"Bila saya jerit atau marah anak saya, baru dia nak dengar. Selalu juga bila saya marah, saya cubit atau pukul tangan atau kaki anak saya.

"Jadi saya tahu bila anak buat dekat kawan dia maksudnya saya sendiri yang didik dia untuk jadi macam tu.

"Saya sendiri buntu tak tahu nak buat apa. Saya rasa saya sudah tersalah dalam mendidik dia," katanya lagi.

Dia bukan kategori budak nakal-nakal tu. Tapi dia memberontak sebab halang kebebasan dia.

NETIZEN

Perkongsian Daneil meraih pelbagai reaksi warga maya yang faham perasaannya apabila menyatakan dia gagal sebagai bapa.

Rata-rata warga maya turut memberikan nasihat dan pendapat mereka dengan harapan perkara sama tidak berulang lagi.

"Sabar bang. Anak saya enam tahun campak kerusi meja. Cikgu rakam dekat tadika. Nak luruh jantung saya. Teruskan bagi nasihat tau. Jerit pun jerit la.

Komen netizen di media sosial.

"Dia bukan kategori budak nakal-nakal tu. Tapi dia memberontak sebab halang kebebasan dia. Contohnya dia nak main, kita suruh duduk diam belajar.

"Masa umur tujuh tahun awal tahun dia degil sekejap je. Tak nak dengar cakap cikgu sebab dalam proses belajar disiplin tapi dia nak sangat ke sekolah. Alhamdulillah sekarang dah OK.

"Dekat rumah sediakan rotan satu sebab (marah) mulut sudah tak jalan. Bertabahlah. Rotan la pintu dinding bagi gertak sikit," ujar netizen memberi nasihat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain