suria

Bayangkan suami minta nak poligami, isteri yakin tiada masalah hidup bermadu! Ramai suruh hadap dulu, baru sembang

Seorang wanita meraih perhatian netizen selepas meluahkan kesediaannya untuk hidup bermadu. -Gambar hiasan

RAMAI isteri menolak poligami kerana tidak mahu berkongsi suami dengan wanita lain.

Namun, seorang pelayar X meraih perhatian ramai apabila dia meluahkan kesediaannya menerima madu.

Menerusi perkongsiannya itu, wanita tersebut berkata hidupnya semakin tenang apabila dia mula reda untuk menerima poligami.

Photoshoot for MOB Top 10 pet peeves in the cinema. AZMAN GHANI / The Star

Tak semua wanita bersedia untuk hidup secara poligami. -Gambar hiasan

"Hidup saya tenang bila reda pasal poligami ni. Awal kahwin tak suka poligami, hati tak tenang fikirkan kalau diuji suami ada perempuan lain.

"Dia punya rasa tenang tu sampai saya sendiri cakap kepada suami, kahwinlah kalau awak mampu, tapi pastikan perempuan yang baik.

"Sekarang saya selalu pesan kepada suami kalau ada berkenan kat siapa-siapa, beritahu je. Tapi ada syaratlah, kena mampu dan adil.

Kalau saya ditakdirkan bermadu, semoga madu saya seorang yang baik.

ISTERI

"Mungkin ini nikmat reda yang Allah bagi pada saya," tulis wanita itu.

Di sebalik kesediaannya dan galakan yang diberi, dia berkata suaminya sehingga kini masih setia dan belum berhasrat untuk berkahwin lain.

Namun kata wanita itu, dia sudah bersedia sekiranya suaminya mengubah fikiran pada bila-bila masa.

ARTIKEL BERKAITAN: Cinta suami, bini kedua sangat utuh... Isteri pertama mengalah, dah cuba hidup bermadu tapi gagal

ARTIKEL BERKAITAN: Cuma mampu beri 4 anak, isteri izin suami poligami atas alasan mahu lebih ramai zuriat... Sudahnya mental kena cerai!

"Buat masa sekarang, suami tak nak poligami tapi kita tak akan tahu apa yang akan jadi untuk masa akan datang.

"Saya cuma doakan suami sentiasa dimurahkan rezeki. Kalau saya ditakdirkan bermadu, semoga madu saya seorang yang baik.

"Nak beritahu, kalau nampak pasal poligami, jangan terus maki. Mungkin itu pilihan sama-sama," tulis wanita itu lagi.

x (51)

Ramai wanita memilih jalan perpisahan sekiranya suami mereka mahu berpoligami. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, beberapa pelayar X meluahkan rasa kurang senang dengan perkongsian wanita itu memandangkan dia sendiri belum merasai kehidupan berpoligami.

Malah, netizen menasihati wanita itu agar tidak bercakap besar kerana bimbang dia akan menyesal satu masa nanti.

"Dia punya sembang, aku ingat dah tiga tahun hidup bermadu.

"Sebab tak dimadukan bolehlah cakap reda. Kalau dah dimadu?

"Akak hadap dulu poligami, baru kita borak soal reda atau tak," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain