KEDENGARAN pelik, namun sebenarnya memang ada individu yang suka mencangkung di atas mangkuk tandas jenis duduk. Jika nasib tidak baik, mangkuk tandas itu boleh pecah sehingga mengakibatkan kecederaan kepada pengguna. Di Facebook, seorang individu dikenali sebagai Rahmat Abdullah berkongsi sekeping foto sebuah mangkuk tandas yang pecah. Foto tular di Facebook menunjukkan mangkuk tandas yang pecah bersama tompokan darah di atas lantai. Lebih mengerikan, jelas kelihatan tompokan cecair berwarna merah, dipercayai darah mangsa yang terlibat dalam kejadian itu. "Hati-hati. Jangan duduk mencangkung atas mangkuk tandas jenis macam ni ya. Kualiiti mangkuk tandas sekarang dah tak sama dengan dulu-dulu," tulisnya. Ramhat berkongsi foto itu menerusi grup Facebook Deco Rumah Cara Kita sehingga dia dihujani pelbagai komen netizen. Bahaya duduk atas mangkuk tandas. Anak saya kena, habis paha dia. PELAYAR FACEBOOK Beberapa pelayar Facebook turut berkongsi pengalaman mereka berdepan kejadian sama sebelum ini. "Pengalaman jahit paha budak lelaki 10 tahun akibat benda alah ni. Aku uruskan paha kiri, incharge aku buat paha kanan. Rabak koyaknya, cuma nasib baik luka pada permukaan atas je, tak kena urat-urat dia. "Bahaya duduk atas mangkuk tandas. Anak saya kena, habis paha dia. Darah penuh jamban. Berapa jarum dia kena cucuk. ARTIKEL BERKAITAN: Sakit perut makan nasi kandar, gadis menggigil berdepan ‘tragedi’ mangkuk tandas pecah berkecai - “Bukan sebab saya mencangkung” ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin guna cebok air jamban!” - Pelanggan geli tengok mangkuk mi celup hitam berdaki, kesal peniaga abai kebersihan "Allahuakhbar. Dulu pun ada kes macam ni. Seramik tu tertembus kat punggung orang tu, sungguh mengerikan. "Ada murid sekolah pernah kena, sampai 'banjir' darah," tulis netizen. Menurut komen-komen pengguna Facebook, ada yang percaya kejadian ini bukan soal kualiti semata-mata, sebaliknya mangkuk tandas itu pasti akan pecah jika digunakan dengan cara salah. Ramai individu berasa geli berkongsi tandas di tempat awam. -Gambar hiasan "Bukan isu kualiti. Benda ni memang direka untuk duduk, bukan mencangkung. "Guna otak sebaiknya. Kalau rasa nak mencangkung, carilah mangkuk tandas jenis mencangkung. "Nama pun jamban duduk, bukan jamban mencangkung. Kalau geli, basuh dulu sebelum guna. "Saya sentiasa bawa sarung tangan plastik dan toilet seat cover sebab geli nak guna tandas awam macam ni," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube