suria

Buat aduan lepas ‘resign’, wanita menang kes cuti bersalin tak ikut akta! Majikan rasa teraniaya diarah bayar pampasan

Cuti bersalin bagi pekerja wanita perlu mengikut akta. -Gambar hiasan

SETIAP pekerja perlu patuh pada peraturan syarikat.

Malah demi menjaga hak dan kepentingan bersama, kedua-dua pihak 'diikat' dengan perjanjian yang mana pekerja perlu menandatanganinya.

Menerusi hantaran tular, seorang individu meluahkan rasa kecewa apabila salah seorang bekas pekerjanya membuat aduan dan tuntutan di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) berhubung cuti bersalin yang diperuntukkan oleh syarikat.

Selaku majikan, dia merasakan tindakan pekerja wanita tersebut adalah tidak adil selepas diminta untuk membayar tunggakan gaji sepanjang tempoh cuti bersalin.

Ramai pekerja yang merasakan diri mereka dianiaya  majikan

Ramai pekerja yang merasakan diri mereka dianiaya majikan

"Staf hamil buat hal, dah letak jawatan sebelum bersalin... tapi lepas habis pantang pergi lapor kat pejabat buruh.

"Sekarang saya kena bayar semua gaji dia yang dia cuti dari sebelum bersalin sampai sekarang.

"Banyak juga tuntutan, dia cakap surat peletakan jawatan dibuat kerana cuti (bersalin) yang diberikan dalam perjanjian tak sama dengan akta," luahnya.

Meskipun akur dengan arahan JTK, namun dia masih mempertikaikan keputusan yang ditetapkan, kerana wanita terbabit meletakkan jawatan sebelum bersalin.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hamil berendam air mata, suami tak layan permintaan makan Suki-ya - “Dia asyik ride dengan kawan-kawan”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita hamil sakitkan diri, cubaan seksa anak dalam kandungan! - “Aku terpaksa pukul sebab stres”

Pada masa sama, dia turut meluahkan rasa hairan kerana pekerja terbabit mengetahui tentang peraturan berkenaan dan tetap bersetuju menerima tawaran kerja sebelum ini.

"Masa terima kerja dulu dia dah bersetuju sebab memang ada dalam perjanjian yang cuti bersalin dua bulan," tambahnya yang baru menubuhkan syarikat berkenaan.

Bukan itu sahaja, dia turut menyesali kesilapannya kerana tidak mengambil tindakan tegas terhadap wanita terbabit yang tidak berdisiplin serta sambil lewa sepanjang tempoh berkhidmat.

I yang kerja kerajaan pun cuti bersalin lulus 60 hari je sebab isu kepentingan perkhidmatan lebih diutamakan, kekurangan pegawai.

WARGA MAYA

"Sudahlah semasa kerja tak perform, banyak main telefon dan datang lambat. Kerja pun belum setahun.

"Saya kesian pada dia, sebab itulah tak bagi apa-apa memo atau surat amaran... mungkin silap saya di situ.

"Lagipun syarikat ni baru, bukan setahun lebih dan ada HR (bahagian sumber manusia) atau kerani pentadbiran," luahnya lagi.

Segelintir warga maya mempersoalkannya tentang kontrak kerja yang bercanggah akta

Segelintir warga maya mempersoalkannya tentang kontrak kerja yang bercanggah akta

Hantaran yang dibuatnya itu mendapat perhatian warga maya.

Rata-ratanya mengkritik sikapnya yang seolah-olah mengambil kesempatan ke atas pekerja kerana menyediakan peraturan pekerjaan yang tidak selari dengan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022.

"Saya pernah juga tanya JTK pasal ni. Bos bagi cuti 60 hari dalam offer letter... tapi JTK maklumkan memang wajib 98 hari, jadi syarikat boleh kena saman kalau tak ikut undang-undang. Kalau dia datang lambat, kena bagi surat amaran tiga kali dan kemudian berhentikan tanpa bayar pampasan.

"Bayar je kalau tak ikut akta. Lain kali kalau ada pekerja yang tak perform, terus ambil tindakan. Jangan simpan lama-lama atau perbanyakkan staf lelaki.

"I yang kerja kerajaan pun cuti bersalin lulus 60 hari je sebab isu kepentingan perkhidmatan lebih diutamakan, kekurangan pegawai. Boleh menang rupanya kalau bawa ke JTK perkara ni.

"Pengajaran untuk semua majikan. Saya pun ada pengalaman macam ni dengan staf hamil, mengganggu keharmonian kerja staf lain dan operasi keseluruhannya," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain