LULUH hati seorang isteri apabila mengetahui aktiviti tidak senonoh dilakukan suaminya, sedangkan mereka baru saja melangsungkan perkahwinan pada 20 Februari lalu. Dalam satu pendedahan dibuat di media sosial, wanita itu berkata segala kegiatan tidak baik suaminya terbongkar selepas enam bulan mereka berkahwin. Menerusi hantaran sama, isterinya menunjukkan sejarah carian Internet pada telefon suaminya yang kerap melanggan tukang urut. "Bulan Februari saya kahwin, bulan Ogos saya jumpa ni dalam telefon suami saya. Sejarah carian di Internet yang tertera pada telefon milik suaminya. "Bukan ni je saya jumpa, tapi saya jumpa banyak perbualan dia sejak sebelum berkahwin dengan saya lagi," katanya. Apa yang membuatkan wanita ini terkilan adalah apabila suaminya tidak mengambil pakej urutan biasa sebaliknya membayar untuk perkhidmatan seks termasuk urutan 'body to body' (B2B). Dalam hantaran kedua yang dibuat, wanita ini menunjukkan pula mesej perbualan suaminya ketika melanggan tukang urut perempuan pada Februari tahun lalu. "Pergi tempat mengurut tak ada masalah tapi kenapa nak kena B2B massage? Nak kena pilih perempuan. ARTIKEL BERKAITAN: Tukang urut batin saran pasangan kekasih pernah zina taubat sebelum nikah, bimbang berlaku 4 perkara buruk lepas kahwin ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja buruh sedap berurut, lama-lama rasa lain macam... Rupanya tukang urut sebenar hantar khadam, terkumat-kamit baca mentera "Sudah macam katalog order makan. Ada happy ending (jenis servis seks) dan sebagainya. Sedih sangat bila kena khianat. "Semua ni saya jumpa lepas kahwin. Saya tak pernah tahu happy ending massage yang buat pakej satu sh** macam ni sebelum ni," ujarnya. Perkongsiannya ini meraih pelbagai reaksi netizen dengan rata-rata bersimpati dengan apa yang diharungi si isteri. Bagaimanapun, ramai yang menasihatinya supaya berpisah sahaja dengan suami yang dilihat ketagih dengan aktiviti maksiat itu. Tapi tak lama kantoi lagi. Dia masih pergi tempat urut yang ada 'happy ending' tu lagi. PENGADU "Cerai je la. Tak berdosa minta cerai dengan suami penzina dan penipu macam ni. 100 peratus dia akan buat lagi nanti. "Sebelum terlambat, cerai je la tak payah bergaduh. Tinggalkan penzina ni. Dia tak layak untuk jadi pemimpin rumah tangga. "Hidup hanya sekali dan tak lama. Nanti sampai tua menderita kalau bersuamikan lelaki penzina dan penipu ni," antara komen netizen. Membalas salah satu komen netizen, wanita ini berkata suaminya masih mengulangi kesilapan sama walaupun aktivitinya sudah terbongkar. Komen netizen di media sosial. "Selepas pertama kali kantoi memang tak okay, bergaduh. Alasan-alasan dia bagi semua entah apa-apa. Tapi dulu saya percaya je semua. "Kami ada pergi kaunseling juga dekat pejabat agama. Semua okay balik selepas tu. Tapi tak lama kantoi lagi. Dia masih pergi tempat urut yang ada 'happy ending' tu lagi. "Tak lama selepas kali kedua kantoi, kami bercinta jarak jauh. Sampai sekarang masih PJJ. Tapi sekarang turun naik mahkamah. Saya sudah penat," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube