SEPERTI mana dijangka, ada dugaan menanti di saat akhir menjelang majlis perkahwinan. Mempunyai pengalaman ini, seorang wanita menceritakan tentang adik perempuannya yang menempah khidmat lukisan inai di tangan pada hari perkahwinan. Namun gara-gara kesilapan pada jadual, pelukis inai itu mempunyai tempahan lain dan terpaksa menyerahkan tugasan tersebut kepada adiknya sebagai ganti. "Dia tersalah tengok jadual, tarikh tersebut dia dah ada job lain. Jadinya, dia pass job ini pada adik dia. Adik saya pun setuju sebab dia kata adiknya (pelukis inai) pun boleh buat," ceritanya menerusi satu hantaran di laman sosial. Setiap pengantin mahu majlis perkahwinan mereka menjadi kenangan terindah. -Gambar hiasan Setibanya pelukis inai itu di rumah pengantin, dia bertanyakan tentang rekaan yang mahu dilukis dan ketika itulah timbul kekeliruan tentang harga.. "Dia tanya adik nak design apa. Adik pun cakap la dia memang dah tunjuk design yang dia nak dengan akak kepada pelukis ini dengan harga yang dipersetujui. "Tiba-tiba pelukis ni cakap, 'Eh saya bukan harga ni, saya harga lain'. Adik pun tanya harga dia berapa? Pelukis tadi pun sebut harga dia dan harga kakak dia beza RM50 (tambahan RM50) daripada harga asal. "Adik pun malas nak bertekak, jadi setuju je walaupun deal mula lain, tiba jadi lain. Jadi dia pun mula melukis," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Inai buruk seperti lukisan budak, pengantin nyaris naik angin - “Corak daun jadi sabit, pintal-pintal macam telur berudu” ARTIKEL BERKAITAN: Pelukis inai muak dengan pelanggan menipu sebab nak dapat balik deposit, beri alasan langsung tak masuk akal Ketika dia menyiapkan lukisan inai di tangan pengantin perempuan, kata wanita itu, kakaknya pula menyuarakan minat untuk dilukis inai pada tangannya. "Kakak saya pun tanya jika yang lain boleh berinai juga. Kita tanya sebab asalnya lock seorang je, takut orang lain tak boleh itu yang tanya takut pelukis ni kejar job atau apa-apa. "Pelukis ni kata boleh dan suruh tengok design apa yang nak buat. Makanya kakak saya carilah design dan dia pun cakap nak design simple (ringkas) dan sudah tentu design yang tak sarat macam pengantin," katanya. Bagaimanapun dakwa wanita itu, penulis inai berkenaan menyindir kakaknya selepas memilih rekaan yang ditawarkan.. "Bila kakak tunjuk je design satu, si pelukis tu terus sindir cakap 'Ini awak cakap simple?' Kakak pun cari yang lain sebab dah kena begitu. "Dan bila bagi design kedua sekali lagi kena sindir. Katanya 'Kalau simple tak ada bunga-bunga'," katanya yang terganggu dengan sikap pelukis inai berkenaan yang menjengkelkan. Repeat servis kamu? Maaf, memang tak! PELANGGAN Bagaimanapun, disebabkan masing-masing mahu dilukiskan inai pada tangan, mereka adik-beradik setuju membayar upah yang dikenakan. Menurut wanita berkenaan, mereka bertiga tiada masalah jika pelukis inai berkenaan tidak dapat melukis corak seperti yang dikehendaki, tetapi perlulah menolak dengan cara sopan. "Bukan inai la kak, kalau bukan bunga-bunga. Lagipun kami bayar jadi lukis sajalah. Kalau susah atau tak reti boleh beritahu supaya pelanggan faham," tambahnya. Kata wanita itu, tidak lama kemudian ibunya juga menunjukkan minat untuk dilukiskan inai pada tangannya, namun dia menunjukkan reaksi tak disangka-sangka. Wang bukan menjadi isu, apa yang penting adalah servis terbaik. -Gambar hiasan "Kemudian mama saya pun cakap, 'Lepas ni makcik ya tapi nanti ada seorang anak makcik, dia on the way balik dari kerja. Boleh tunggu ke?' "Si pelukis ni pun jawab 'Kalau lama tak boleh tunggu'. Mama saya pun okay la sebab sebenarnya adik yang on the way tu lagi lima minit sampai rumah dah," jelasnya. Bukan sekadar itu, dakwanya, pelukis inai itu turut mengeluh ketika sedang melukiskan inai pada tangan ibunya. "Mama cakap, boleh tolong makcik basuh sebab risau nanti makcik ingat dah kering tapi takut comot. Dia bangun sambil nafas 'mendengus'. "Lepas settle mama, adik yang on the way tadi pun sampai dan dia lukis tangan adik pula dengan muka macam tak rela. "Padahal kalau tak nak buat boleh je cakap sebab tak paksa pun. Kalau nak duit lebih buatlah. Jika tidak, kita bayar untuk siapa yang dah buat je la. "Pada kami, rezeki dia murah malam tu dari lock seorang pelanggan, malam tu dia dapat empat pelanggan lagi. Jadi jika anda tak nak buat, mohon cakap sebab pelanggan bayar bukan percuma. Repeat servis kamu? Maaf, memang tak!" katanya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube