URUSAN kehidupan anak menantu merupakan salah satu perkara yang tidak sepatutnya ibu bapa campur tangan. Malah, hal ini juga ada digariskan dalam Islam agar keharmonian dan kesejahteraan hubungan kekeluargaan secara keseluruhannya tidak terjejas. Pasangan suami isteri disarankan berbincang dengan mentua atau ibu bapa sekiranya meraka dirasakan cuba campur tangan dalam hal rumah tangga. Isteri terasa hati dengan suami yang dianggap melebihkan ibu dalam segala hal. -Gambar hiasan Bagi seorang wanita, dia berasa kurang senang apabila ibu mentua suka campur tangan dalam soal pengurusan kewangan keluarganya. Lebih menambahkan sengsara apabila dia mendakwa suaminya pula terlalu mengutamakan keperluan ibunya sehingga dia terdetik untuk bercerai. “Saya nak teruskan niat untuk bercerai tapi mengenangkan anak anak masih kecil. Suami baik dan dia baik dengan orang tua (ibu bapa) sampai sanggup utamakan kehendak mak dia berbanding saya. “Mula-mula dulu saya okay sebab tanggungjawab dia (suami). Bila dah lebih sedekad hidup bersama, saya rasa mak dia (suami) melampau. ARTIKEL BERKAITAN: Selalu belanja keluarga suami, tapi tak selesa mentua suka tanya gaji, bonus! Tak pernah beritahu sesiapa walau famili sendiri ARTIKEL BERKAITAN: Anak dah kahwin, mak ayah usah sibuk ‘mengekor’ sana sini! Ini 5 nasihat padu buat mentua “Nafkah kepada saya so so (biasa) je, saya bekerja, nak apa boleh beli sendiri InsyaAllah. Dia (suami) susah pun rujuk pada saya. Mak mentua pun dikira orang ketiga juga tau,” luahnya kecewa. Tambah wanita ini lagi, dia melabelkan ibu mentuanya 'melampau' kerana sering masuk campur urusan kewangan mereka walaupun sudah beranak pihak. Dakwanya lagi, ibu mentua juga sering merungut suaminya tidak memberikan duit belanja yang mencukupi. “Sebelum ini saya tolong tambah untuk suami beri pada mak dia (suami) duit, sebab tak mahu dia (ibu mentua) bising, tambahan pula ibu dia (suami) ibu saya juga,” katanya. Mak mentua pun dikira orang ketiga juga tau. MENANTU Tapi apa yang membuatkan wanita ini sedih dan terasa hati apabila ibu mentua mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya, sekali gus membuatkan dia tersentak. “Turning point, saya tersedar bila pada hari raya, saya buat rumah terbuka dan keluarga sebelah suami ramai datang tidur rumah saya. “Keesokan hari saya turun bawah dalam jam 9 pagi dan ketika itu ibu mentua cakap dengan anak buah sambil menunjuk pada saya yang saya memang suka bangun lambat. “Saya tengah turun tangga tersentap kerana yang mengata itu ibu mentua sendiri,” katanya. Jelasnya, sejak 'insiden' itu dia terus memotong sebahagian wang yang selama ini diperuntukkan kepada ibu mentuanya. Suami perlu memberi nafkah wang perbelanjaan kepada isteri. Tindakannya itu ternyata membuatkan ibu mentuanya terkejut dan dirinya menjadi sasaran untuk dipersalahkan. “Mau ‘terkujat’ la dia (ibu mentua) apabila anaknya tak bagi duit. Dia (ibu mentua) tak tahu selama ni pun saya banyak tambah duit saya untuk beri kepadanya (suami). “Namun, ibu mentua saya masih tidak sedar. Dia bertambah menyampah pada saya kerana suami tidak berikan wang kepadanya. “Dia malah fikir saya yang menghabiskan duit anaknya sedangkan saya yang beri. Jadi nasihat saya, ibu mentua di luar sana lebih baik siasat berapa gaji anak lelaki anda,” katanya. Wanita itu juga berkata dia sudah lama terasa hati dengan sikap suaminya yang melebih-lebihkan ibunya sehingga sanggup membayarkan rumah untuk ibunya. “Rumah saya, saya bayar sendiri dan suami tidak sediakan tempat tinggal atas alasan tidak mampu. “Saya okay tak ada hal. Tapi, tiba-tiba belikan rumah untuk ibunya, dia ada wang dan berkemampuan. Kalau anda di tempat saya anda baran tak?” katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube