KEWUJUDAN media sosial sememangnya sangat membantu golongan peniaga untuk mempromosikan produk jualan mereka. Paling laris tentunya pelbagai makanan pencuci mulut tular seperti crepe, kunafa dan macam-macam lagi yang menjadi kegilaan pelanggan. Terbaharu, tular pula trend makanan loaded nachos yang mana aneka jajan dan keropok disajikan bersama daging kisar serta sayur-sayuran dan sos istimewa. Sebilangan netizen kurang senang melihat menu tidak sihat ini menjadi kegilaan pelanggan. Bagaimanapun menurut seorang pelayar Facebook, Hafyzul Ariffin, dia kurang senang melihat resipi asal Mexico itu 'disesatkan' oleh peniaga-peniaga di Malaysia. "Resipi daging kisar campur tomato segala salad bagai ni sebenarnya makanan orang Mexico. Resipi asal digauli dengan nachos. "Tapi apa hal pula (di Malaysia) gaul dengan Roller Coaster, Mister Potato dan Super Ring? Mereka yang cipta resipi ini tak makan benda macam ni, kenapa orang kita memandai buat resipi bukan-bukan? Tak lama nanti wad hospital penuh la. Macam-macam penyakit datang, punca makanan viral. NETIZEN "Paling geram, mesti mereka (peniaga) akan sebut secret ingredients, homemade sos, daging premium, resipi sendiri... Benda (bahan) ni basic je yang ada kat pasaraya," tulisnya. Dalam hantaran tular itu, dia turut membuat jangkaan yang trend makanan tersebut tidak akan berkekalan, sama seperti menu lain sebelum ini. "Saya bagi paling lama pun tiga bulan la. Lepas tu netizen semua dah tak pandang benda ni. Trend akan beralih ke benda lain pula. ARTIKEL BERKAITAN: Baik punya meleleh! Wanita hilang selera di festival makanan, nampak peluh Pak Arab shawarma menitik dalam tempat masak ARTIKEL BERKAITAN: Kentang bakar viral sangat senang nak buat sendiri... 40 minit dah siap, sedia untuk dimakan "Mungkin laoded kerepek uni, aiskrim rebus... Nothing impossible. Semua boleh dirojakkan dan diinovasikan menjadi makanan viral yang sampah," tulisnya lagi. Hingga kini hantaran yang dimuat naik pemuda itu menerima lebih 10,000 tanda suka (likes) dan dihujani lebih 3,200 komen netizen. "Tak lama nanti wad hospital penuh la. Macam-macam penyakit datang, punca makanan viral. "Makin tenat manusia dengan makanan pelik-pelik ni," tulis beberapa netizen. Aneka keropok yang disajikan dengan daging kisar serta sayur-sayuran. Namun, ada juga yang tidak bersetuju dengan hantaran itu memandangkan ia merupakan satu peluang perniagaan yang bagus untuk peniaga tempatan. "Ini bisnes hype jangka pendek bang, bukan untuk jangka masa panjang. kau relax je, selagi boleh kaut untung, biarkan mereka. "Tak apalah. Orang nak cari rezeki. Dia tahu Melayu takkan beli kalau benda biasa dan normal. "Biarlah. Pilihan di tangan sendiri. Nak beli, beli. Tak nak beli, abaikan," tulis netizen lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube