KEBIASAANNYA kanak-kanak yang berusia bawah enam tahun sememangnya aktif dan lasak meskipun pada waktu malam. Dek kerana itu juga seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila keluarganya sering menjadi sasaran jiran yang tidak bertimbang rasa. Dakwa wanita terbabit, jirannya membuat aduan kepada pengawal keselamatan pangsapuri yang didiaminya dengan menyatakan terdapat kerja renovasi rumah dilakukan pada waktu malam. “Tadi guard datang rumah, tanya ada kontraktor tengah buat kerja dalam rumah ke? Jiran perlulah saling bertoleransi antara satu sama lain. “Saya soal semula, malam-malam macam ni nak buat kerja apa? Saya tak ada buat kerja apa-apa,” kongsinya yang tinggal di rumah jenis strata. Tambah wanita berkenaan, dia yakin bunyi bising yang diadukan jiran tingkat bawah itu merujuk kepada perbuatan anaknya bermain. “Saya ada anak kecil umur dua tahun. Biasalah budak tengah main, mestilah bising sikit sebab dia memang aktif dan kadang-kadang ada baling barang. “Bukan tak tegur, banyak kali dah tegur. Tapi budak umur dua tahun, apa dia boleh fikir,” tambahnya lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Proses renovasi terganggu! Jiran asyik arah kontraktor berhenti buat kerja sebab bising, ganggu anak ‘work from home’ ARTIKEL BERKAITAN: Pasang telinga dengar jiran menggila maki hamun anak umur 5 tahun, berair mata tahu puncanya sebab berak dalam seluar Situasi yang dialami itu membuatkan dia berasa tidak selesa kerana aduan tentang hal itu bukan pertama kali dilakukan jiran sama. “Ni kali kedua dia complaint. Pertama kali dekat group jual beli apartment ni. Anak jiran saya pun selalu main masa anak saya nak rehat dan tidur. Pernah rasa macam nak WhatsApp je cakap tolong senyap sikit. WARGA MAYA “Kali ni, dia pakai guard untuk naik rumah,” tambahnya yang buntu dengan situasi dialami. Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya berkongsi situasi yang sama. Ada yang beranggapan bahawa jiran wanita terbabit tidak pernah mempunyai anak kecil seterusnya gagal mengetahui ragam kanak-kanak. Warga maya beranggapan jiran wanita itu tidak mempunyai anak. “Saya yang tinggal di flat pun orang bawah complaint kata anak bising malam-malam. Dia tak ada anak sebab tu asyik cakap anak kita bising, sampai kita cakap kalau tak boleh bising, pindah kondo bukan duduk flat. “Anak jiran saya pun selalu main masa anak saya nak rehat dan tidur. Pernah rasa macam nak WhatsApp je cakap tolong senyap sikit, tapi apabila fikir rasional, budak-budak bukan bising lama sangat. “Saya pun pernah kena, siap hantar surat layang. Yang kelakarnya berbulan tak tinggal situ, balik-balik rumah dapat surat layang. Cumanya kadang-kadang kita ingat rumah atas tapi rumah lain sebab sistem piping. “Lain kali jawab je sis tak ada kat rumah seminggu. Biar dia fikir tu bunyi hantu kacau,” demikian perkongsian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube