SETIAP perniagaan mempunyai pasang dan surutnya termasuk risiko mengalami kerugian yang banyak. Meskipun menyedarinya sejak awal, ramai yang berjiwa kental dengan memilih untuk membina bisnes sendiri sama ada secara persendirian mahupun bersama rakan kongsi. Begitulah yang dilakukan lelaki ini apabila memilih untuk membuka empayar perniagaan sendiri sejak 2011. Dia yang mempunyai tiga jenis bisnes bagaimanapun berhadapan masalah kewangan pada masa ini sehingga terpaksa menjual beberapa unit rumah bagi menampung kerugian dialami. Pengurusan kewangan adalah penting dalam apa jua perniagaan. “Tahun 2024 ni super struggle. Saya dah jual rumah di Subang (Selangor) yang saya beli pada 2016 semata-mata nak cover bisnes. “Saya jual semua Kripto (aset mata wang digital) tahun lepas,” ujarnya memulakan cerita. Terbaharu dia berharap untuk menyerahkan semula kereta jenis Honda HRV kepada pihak bank selepas gagal menjelaskan bayaran bulanan seperti yang ditetapkan. ARTIKEL BERKAITAN: Satu pun tak laku! Peniaga ini reda rugi RM100, jualan but kereta tiada hasil... 10 pek garlic bread, mushroom soup diagih percuma ARTIKEL BERKAITAN: Doktor dedah kisah didatangi ‘lelaki tersepit’... umur dekat separuh abad, dah ada anak bini tapi masih terfikir nak lari rumah “Macam mana nak pulangkan kereta ke bank? Tak larat nak bayar bulan-bulan dan tak mahu tunggu sampai kereta ditarik. “Dah tanya Carsome dengan Carro tapi masih kena tambah banyak,” luahnya di laman Facebook. Menurut lelaki yang enggan mendedahkan identiti ini, masalah kewangan yang dialami berpunca daripada pembukaan bisnes ketiganya iaitu jenis kurier. Apabila fikir pasal tutup bisnes, sedih saya... macam mana saya nak hadap 11 pekerja. PENIAGA Menganggapnya sebagai tersalah langkah, lelaki ini berkata dia mengalami kerugian setiap bulan daripada perniagaan tersebut berikutan kekurangan pelanggan membeli dan menggunakan perkhidmatan penghantaran. “Silap paling besar buka cawangan kurier, masa saya buka tu ingatkan orang akan membeli macam zaman PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dulu. “Tapi sekarang, tiap-tiap bulan memang negatif flow je,” luahnya yang turut membuka bisnes cuci kenderaan dan kedai tambah nilai. Warga maya berkongsi cadangan dan pengalaman masing-masing. Dia yang berhasrat menutup salah satu bisnes yang dijalankan bagaimanapun meluahkan rasa sedih dan pilu kerana keputusan itu akan menyebabkan 11 pekerjanya kehilangan pekerjaan. Tambahan pula, dia turut menyaksikan salah seorang staf yang bekerja sejak zaman bujang sehingga berkahwin dan mampu membeli kereta menggunakan wang gaji daripadanya. “Apabila fikir pasal tutup bisnes, sedih saya. 11 orang budak-budak saya tu macam mana saya nak hadap. “Ada seorang tu, dia kerja dengan saya sejak bujang sehingga berkahwin dan boleh beli kereta dengan gaji saya bagi. “Berat sangat mulut nak keluar perkataan diberhentikan ni,” luahnya sayu. Menjengah ke ruangan komen, warga maya tampil berkongsi pandangan dan cadangan yang boleh dilakukannya untuk mengatasi masalah kewangan yang dihadapi. Tidak kurang juga yang berkongsi situasi sama selain meluahkan kebimbangan untuk melangkah masuk tahun 2025. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube