PEMBERIAN goodies atau cenderahati di majlis perkahwinan adalah amalan biasa sejak dahulu kala. Sekitar era 80-an dan 90-an, ia diberikan ketika tetamu menjamu selera dengan meletakkannya di atas meja makan. Namun sejak kebelakangan ini, sama ada dalam bentuk bunga telur, jajan mahupun barangan tertentu, goodies diberikan semasa tetamu bersalam dengan tuan rumah. Di media sosial seorang wanita berkongsi pengalamannya ketika menghadiri majlis perkahwinan tanpa memberikan duit 'salam kaut' ketika bersalaman. Salam kaut menjadi amalan biasa di kenduri kahwin. Dia yang hadir dengan membawa hadiah untuk pengantin meluahkan rasa terkejut dan terkilan kerana tidak menerima sebarang goodies daripada tuan rumah. Malah katanya, perkara itu berlaku di lima buah rumah kenduri yang dihadirinya. “Sekarang kalau kita pergi kenduri kahwin dan bagi hadiah je, tak bagi duit salam kaut memang tak dapat goodies? ARTIKEL BERKAITAN: Majlis belum buat, saudara mara pakat ‘rembat’ goodies lebih awal... Selamba suruh beli lain, bakal pengantin resah lari bajet ARTIKEL BERKAITAN: Isteri nak melenting suami buat perangai tak malu, bawa balik nasi kenduri dalam pinggan... Rupanya orang Utara memang macam tu! “Lima rumah aku pergi bawa hadiah je, memang tak dapat apa-apa goodies,” luahnya yang kehairanan dengan amalan tuan rumah kenduri masa kini. Menurut wanita ini, perkara yang paling mengejutkan adalah terdapat tuan rumah yang mengintai tangannya sama ada memegang duit atau sebaliknya sebelum bersalam. “Yang satu rumah tu lagi mantap, aku salam dengan mak dia, mak dia intai dalam tangan aku ada ke tak duit padahal dia dah nampak aku bagi hadiah kat anak dia dan aku tak dapat goodies,” tambahnya. Jemput orang makan tapi mengharapkan duit orang, tak malunya perangai. WARGA MAYA Menjelaskan mengenai situasi dan tujuan dia berkongsi hal ini, katanya dia bukanlah terlalu menginginkan goodies kenduri sebaliknya berasa kasihan apabila melihat anak kecilnya yang teringin memegangnya seperti tetamu lain. “Nanti akan ada yang cakap aku ‘hamak’ goodies, tapi kalau kau ada anak kecil, kau akan faham,” luahnya lagi. Hantaran yang dibuatnya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya. Terdapat warga maya yang melalui situasi sama. Kebanyakannya meluahkan rasa terkejut dengan situasi yang dialami wanita ini dan tidak kurang juga mengakui pernah melalui pengalaman sama sepertinya. “Sebelum ni pernah pergi wedding kawan, masa nak balik mak dia hulur goodies, kemudian saya cakap dah letak hadiah atas meja. Terus dia tarik goodies kat tangan sebab tak hulur duit, rasa kecil hati sampai sekarang. “Actually perasan juga, pergi lima kenduri dan tiga tak dapat sebab tiada salam kaut. Kita tak salam kaut sebab suami dah wakilkan. “Jemput orang makan tapi mengharapkan duit orang, tak malunya perangai. “Nak kata trend tak juga, memang begitu sejak-sejak nak jimat. Siapa tak bagi duit salam kaut memang tak dapat goodies. Tapi ikut tuan rumah juga... ada yang masih seperti dahulu kala,” demikian pandangan warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube