INDIVIDU yang kesunyian sering menjadi sasaran jenayah love scam di media sosial. Antara yang pernah menjadi mangsa adalah wanita berstatus ibu tunggal, pesara serta anak dara tua. Di platform X, seorang individu turut meluahkan kerisauan selepas mengetahui ibunya sedang bercinta dengan seorang lelaki. Individu yang naif akan mudah terpedaya dengan penipuan dalam talian. -Gambar hiasan Menurut pengadu, ibunya tidak pernah berjumpa dengan kekasihnya itu, sekali gus menimbulkan keraguan tentang identiti sebenar lelaki tersebut. "Mak aku tengah hangat bercinta dengan seorang lelaki, katanya kerja pilot dekat luar negara. Orang Malaysia, awal 40-an. "Mak aku tak pernah jumpa mamat tu lagi, tapi dia yakinkan aku, kata dia dah pernah video call, dia yakin orang tu bukan scammer," tulis individu itu. Sejak kenal mamat tu, habis duit gaji dan emas perlahan-lahan mak aku gadai. PENGADU Lebih membimbangkan, individu itu mengesyaki ibunya sanggup mengeluarkan wang untuk diberikan kepada lelaki berkenaan. "Sejak kenal mamat tu, habis duit gaji dan emas perlahan-lahan mak aku gadai. Apabila tanya, dia diam bagi alasan nak bayar itu ini. "Macam mana nak tahu lelaki tu betul pilot? Ada ke cara nak periksa?" tulisnya dalam perkongsian itu. ARTIKEL BERKAITAN: Anak angkat kenal di TikTok nak bagi duit, emas tanda sayang... Wanita curiga tapi kesian - “Dia kata saya ni syurganya” ARTIKEL BERKAITAN: Duit licin disakau scammer, gudang terbakar! Ahli perniagaan bangkit bukan untuk diri sendiri, fikir staf perlu digaji Di ruangan komen, ramai netizen mengesyaki ibu pengadu sebenarnya sudah terjerat dengan penipuan dalam talian. "Banyak kes macam ni. Boleh bagi mak awak baca. Kalau mak awak degil juga, lantak dia la. "Dekat Instagram bersepah akaun palsu guna gambar pakai baju pilot, mengaku dari Malaysia, duduk luar negara. Kesian mak anon, mungkin tiada pendedahan tentang benda ini. "Boleh jadi love scam, bercinta untuk kikis duit," tulis beberapa pelayar X. Anak-anak digesa agar memeriksa perbualan dan kandungan dalam telefon ibu bapa mereka. -Gambar hiasan Netizen turut memberi pesanan kepada pengadu agar dia mengawal penggunaan media sosial ibunya sebelum kes itu melarat lebih teruk. "Memang nak kena pantau mak kita ni. Rajin-rajinlah periksa perbualan Facebook mereka. Messenger mak aku penuh orang asing yang chat say hi. "Sekat Instagram dia, uninstall semua, block lelaki tu, tukar username dan password. Bertindak sebelum terlambat. "Kalau pilot, takkan mak awak pula yang habis duit? Mesti laki tu kena bagi duit sebab dia dah kaya. Tolong sedar sikit," tulis netizen lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube