MENGEMBALIKAN troli pasar raya ke tempat asal mungkin nampak remeh, tetapi ia mencerminkan sikap dan tanggungjawab kita sebagai pengguna. Kegagalan melakukannya bukan sahaja menyusahkan orang lain, malah boleh mengakibatkan insiden yang tidak diingini. Di Facebook, tular kisah mengenai kereta milik seorang pelanggan yang tercalar akibat dilanggar troli di kawasan parkir sebuah pusat beli-belah. Ada segelintir individu tidak mengembalikan semula troli ke tempat asalnya. -Gambar hiasan Menurut saksi kejadian, Mohd Hafidzullah, troli itu bergerak sendiri akibat ditolak angin selepas ia ditinggalkan individu tidak bertanggungjawab. "Masa tu aku nak park kereta di kawasan parkir pasar raya. Aku perasan ada satu troli ditinggalkan betul-betul di ruang kosong depan kereta aku. "Tiba-tiba, angin bertiup perlahan dan troli mula bergerak meluncur laju, tepat ke arah sebuah Alza kelabu yang parkir di sebelah. Bam! Bunyi pelanggaran troli besi dengan bumper kereta. Kadang-kadang kita rasa tinggalkan troli tu hal kecil... tapi sebenarnya besar impaknya pada orang lain. MOHD HAFIDZULLAH "Aku tergamam. Aku keluar untuk tengok, jelas ada kesan calar panjang di bumper Alza tu. Dalam hati aku mula rasa serba salah walaupun aku bukan puncanya," ceritanya. Menurut Mohd Hafidzullah, pemilik Perodua Alza itu kelihatan kecewa selepas menyedari keretanya tercalar gara-gara dilanggar troli berkenaan. Malah, pemiliknya turut memaklumkan kereta tersebut baru sahaja selesai dicat di sebuah bengkel, sehari sebelum kejadian itu. ARTIKEL BERKAITAN: Kereta rosak, pemandu lain cuma tengok tak bantu! Semua hati kering kecuali abang treler, seorang diri tolong tolak ke tepi ARTIKEL BERKAITAN: Gearbox lingkup lepas keluar kedai! Lelaki susah hati kena bayar RM4,000... Makin rasa teraniaya pihak ‘used car’ lepas tangan "Beberapa minit kemudian, owner kereta sampai, seorang lelaki dalam lingkungan 40-an. Dia tengok kereta dengan wajah terkejut. Tangannya menyentuh kesan calar itu. "Kemudian dia berpaling pada aku, matanya penuh rasa kecewa. Dia kata baru semalam ambil dari bengkel, baru cat. Aku nampak dia cuba tahan marah. "Tapi lebih daripada itu, aku rasa dia sedih. Mungkin kereta itu lambang usaha keras dia selama bertahun-tahun," ceritanya lagi. Bersimpati dengan nasibnya, Mohd Hafidzullah kemudiannya mengajak pemandu itu untuk membuat laporan kepada pihak pusat beli-belah berkenaan. Troli yang ditinggalkan di kawasan parkir. -Gambar hiasan Dalam pertemuan itu, mereka memberi jaminan untuk membuat pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti individu yang meninggalkan troli berkenaan. Pada hujung perkongsiannya, Mohd Hafidzullah memberi nasihat kepada orang ramai agar lebih bertanggungjawab bagi mengelakkan insiden sama berulang. "Kadang-kadang, kita rasa tinggalkan troli tu hal kecil. Tapi kecil bagi kita, besar impaknya pada orang lain. "Janganlah sampai kecuaian kita buat orang lain tanggung kerosakan. Jadilah pengguna yang bertanggungjawab," pesannya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube