TINDAKAN segelintir ibu bapa memarahi guru di sekolah kerana menghukum atau mendenda anak mereka walaupun melakukan pelbagai kesalahan disiplin bukanlah perkara baharu. Namun tak kurang juga ada dalam kalangan ibu bapa yang meminta guru-guru menegur kenakalan anak mereka disebabkan tidak mampu melakukannya. Seorang pengguna di laman X berkongsi pengalaman yang mencabar sebagai guru apabila pelajarnya secara terang-terangan melanggar peraturan di sekolah. Apa yang lebih dikesalkannya apabila perbuatan pelajar berkenaan berlaku di dalam kelas ketika dia sedang mengajar. Amalan menghisap vape dalam kalangan pelajar amat membimbangkan. -Gambar hiasan "Cabaran guru yang mengajar generasi sekarang. Pelajar berani hisap vape belakang guru semasa tengah mengajar dalam kelas," katanya tanpa mendedahkan lokasi sekolah dan usia pelajar yang didakwa melakukan kesalahan itu. Namun dia tidak menyangka apabila memaklumkan kepada ibu bapa pelajar mengenai tingkah laku anak masing-masing, jawapan yang diberikan amat mengejutkan. ARTIKEL BERKAITAN: Gadis bawah umur bangga hembus vape, selamba merokok depan orang... Lelaki ini runsing generasi muda makin tak malu buat salah ARTIKEL BERKAITAN: Eloklah rampas, rotan la! Mak izin cikgu hukum anak di sekolah... Tak terkejut pengetua jumpa vape, telefon dalam beg "Jawapan yang saya dapat... tak tahu nak buat macam mana dengan anak saya ni. Cikgu nasihat anak saya, boleh?' "Mak ayah sendiri kalah dengan anak," katanya lagi. Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi warga maya termasuk cuba menyifatkan kesalahan berkenaan berpunca kegagalan ibu bapa sendiri. "Lemah segelintir mak ayah sekarang, didik anak pun tak reti. Lemah segelintir mak ayah sekarang, didik anak pun tak reti. NETIZEN "Cikgu pun bukan boleh buat apa-apa. Apabila berkeras sikit, mak ayah yang sama akan lapor polis, viralkan kat media sosial. "Sebab itu ada peribahasa Melayu 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Jadi, mak ayah ajarlah anak-anak daripada awal," demikian antara komen netizen. Pengaruh rakan sebaya menyebabkan anak muda terjebak dengan gejala sosial. -Gambar hiasan Dalam pada itu, terdapat netizen yang mencadangkan supaya pemeriksaan mengejutkan dilaksanakan pada setiap hari bagi membanteras barang-barang yang dilarang bawa ke sekolah. "Tiap hari buat spotcheck sebelum masuk sekolah, tukang spotcheck itu adalah polis atau cikgu disiplin. Dapat benda terlarang, rampas je. "Lama-lama mereka pun dah malas nak bawa. Kalau kat luar sekolah tu adalah tanggungjawab ibu bapa," komen netizen lagi. Sementara itu, Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan peringatan sentiasa diberikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah berkaitan surat pekeliling mengenai 'Larangan Penggunaan Rokok Elektronik atau Vape di Sekolah'. Sehubungan itu, pengetua dan guru besar disarankan mengambil langkah-langkah yang berkesan untuk memantapkan pengurusan disiplin dan kaunseling di sekolah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube