suria

Pergi umrah mengadu kerja ‘gomen’ bosan, tak mencabar! Pemuda kini hilang nikmat masa lapang, sangat sibuk di tempat baharu

Seorang pemuda rindu bekerja dalam keadaan tidak sibuk. -Gambar hiasan

ADA kalanya, manusia lupa untuk bersyukur dengan segala nikmat yang dimiliki sehinggalah nikmat tersebut hilang atau ditarik balik.

Begitulah kekesalan yang dirasai seorang jejaka, selepas menceritakan semula kisah dirinya yang sebelum ini merungut dengan kerjanya yang dianggap mudah dan membosankan.

"Dulu saya dapat kerja di sektor kerajaan. Tugasan kerja saya tu membosankan yang amat.

Ramai jemaah memanjatkan doa di depan Kaabah. -Gambar hiasan

"Mudah je kerja. Proses kerja cuma tengok-tengok orang, ketawa, mundar mandir selama tujuh jam," jelasnya menceritakan situasi.

Namun, segalanya berubah selepas dia berdoa meminta sesuatu yang lebih baik untuk dirinya ketika berpeluang menunaikan ibadah umrah di Makkah.

Menurut pemuda ini, ketika di Makkah dia berdoa supaya dirinya diberi peluang untuk bekerja dalam keadaan yang jauh lebih sibuk dan mencabar berbanding karier semasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak mahu tutup bisnes, nak ikut suami pindah! Serba salah fikir bapa hilang gaji RM4,000, susah cari kerja lain sebab dah tua

ARTIKEL BERKAITAN: Pelatih industri cuti seminggu, tak tahan disuruh buat kerja susun kotak - “Dia kata penat mental, fizikal”

"Satu hari mak saya ada tawarkan ajak pergi buat umrah. Lepas tu dekat Masjid Nabawi dekat kawasan belakang makam Nabi Muhammad tu... saya berdoa pada Allah.

"Saya nak kerja lagi bagus dan yang tak membosankan," katanya lagi.

Ternyata, doa tersebut dimakbulkan apabila dia diterima bekerja di jabatan lain yang menjadikan dirinya lebih sibuk berbanding kerjayanya sebelum ini.

Itu la kan, kalau dapat kerja yang tak mencabar memang selalu doa dapat kerja yang mencabar.

NETIZEN

Tambahnya lagi, sejak bertukar jabatan dia sudah tiada masa terluang dan sentiasa sibuk setiap hari.

"Nah, Allah kabulkan doa tu. Sekarang saya kerja 'tak cukup tangan'. Pergi pagi, balik petang.

"Kadang pergi pagi balik malam. Kadang-kadang pergi pagi balik pagi (esoknya)," keluh individu itu lagi.

Perkongsian lelaki ini meraih pelbagai reaksi netizen selepas dikongsikan di media sosial.

Komen netizen di Threads.

Rata-rata warga maya memahami apa yang dialami lelaki ini dan maksud syukur yang cuba disampaikan dalam hantarannya.

"Itu la kan, kalau dapat kerja yang tak mencabar memang selalu doa dapat kerja yang mencabar.

"Tapi itulah... Allah makbulkan apa yang kita minta, sudah tu sekarang ni nak doa dapat kerja yang mudah, balik ikut waktu dan gaji lagi tinggi," kata seorang netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain