suria

Isteri minta diasingkan daripada suami di PPS, tak kisah derhaka! Geram sebab enggan pindah walau rumah nak tenggelam

Pasukan APM menyelamatkan mangsa banjir untuk dipindahkan ke PPS. -Gambar hiasan

SEORANG isteri berdepan detik cemas apabila banjir yang melanda kawasan perumahannya bertambah buruk.

Tanpa mendedahkan lokasi, dia memaklumkan bahawa paras air semakin tinggi di kawasan perumahannya.

Namun apa yang menjadi kebimbangan apabila suami enggan berpindah untuk berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS).

"Bila ya bomba atau APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) akan 'paksa' keluar dari rumah? Aku takut, air dah takat paras dada, tapi suami tak mahu keluar. Dah la rumah betul-betul depan sungai.

"Semalam, elektrik tak ada sampai pagi tadi baru ada untuk aku cas telefon. Air sungai laju dok 'hempap' rumah, aku dan anak-anak berasa goyang duduk tingkat atas," luahnya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Banyak kawasan terjejas akibat banjir. -Gambar hiasan (media sosial)

Tertekan dengan suami enggan berpindah, dalam masa sama dia juga lebih risaukan keselamatan anak-anaknya yang masih berada di kediaman dua tingkat itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Graduan lengkap berjubah konvo di PPS, cuma mampu rai secara online... Ibu dedah dah 2 kali tak hadir majlis graduasi anak

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 130,000 mangsa banjir di 9 negeri, Kelantan paling teruk terjejas

"Anak aku semalam tak boleh tidur sebab sejuk, lapar dan takut. Air tu kurang dari 10 anak tangga nak sampai tingkat atas.

"Naik sikit lagi memang tak boleh guna elektrik suis operator dekat tingkat bawah. Aku beritahu suami biar dia tunggu kat rumah seorang kalau nak sangat, lepas tu dia cakap aku (isteri) derhaka," ujarnya.

Menerusi hantaran berasingan, wanita itu memaklumkan bahawa dia kini bersyukur kerana akhirnya selamat berpindah keluar dan ditempatkan di PPS.

Degil tak bertempat suami kau tu.

NETIZEN

Bercerita lanjut mengenai bantuan yang segera tiba, dia telah meminta bantuan rakannya untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.

"Masa bomba datang, aku kunci pintu bilik dan lambai-lambai tangan dekat tingkap. Dah tak boleh keluar ikut pintu dah, kena guna (jalan keluar) bumbung.

"Masa aku dah keluar, baru bomba buat pengumuman panggil suami keluar. Dia marah bila nampak aku dengan anak-anak dalam bot dah," katanya.

Salah satu PPS untuk mangsa-mangsa banjir berlindung. -Gambar hiasan (CHAN TAK KONG/SMG)

Disebabkan kedegilan suaminya yang enggan berpindah ke PPS itu juga membuatkan dirinya mula tawar hati dan merajuk.

"Aku ada cakap tak mahu satu PPS dengan suami, nasib baik mereka faham," katanya yang mendakwa suaminya ketika itu bersikap agresif.

Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada dia bersama anak-anaknya ditempatkan secara berasingan dengan suaminya seperti yang didakwa atau sebaliknya.

Luahannya mengenai kedegilan suami yang enggan berpindah ke PPS ketika musim banjir itu membangkitkan kemarahan netizen kerana membiarkan nyawa isteri dan anak-anak dalam keadaan amat berisiko.

"Apa jenis suami dan ayah macam ni? Tolonglah pindah ke tempat perlindungan berhampiran bersama anak-anak.

"Degil tak bertempat suami kau tu. Tunggu banjir reda, tengok suami kau tu okay ke tak? Kalau menyusahkan kau anak beranak, biar berpisah je la.

"Lepas settle hal banjir ni dah boleh fikir sama ada nak teruskan juga perkahwinan atau setakat ini saja. Hal keselamatan isteri dan anak-anak pun ambil ringan," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain